Salah seorang pengguna aplikasi X berkongsi pengalamannya apabila dia menerima penyewa perempuan yang tidak menjaga kebersihan rumahnya menyebabkan muncul bau yang kurang menyenangkan.
Pertama kali dapat penyewa pengotor, islam Arab tapi pengotor bukan nak bangkitkan isu perkauman, selama ni pengalaman dengan penyewa terdahula semua pembersih.
Ni pertama kali unit disewakan dekat Arab, perempuan, ingat kan okay sebab perempuan.
Semalam adalah hari ulang tahun suami saya dan kami sepatutnya ambil kunci dari penyewa tersebut disebabkan kontrak dah habis dan buat keputusan untuk terus pergi makan malam.
Namun, apabila masuk je rumah bau taik.
Untuk makluman penyewa tu pulang semula ke Arab pada malam itu.
Bila masuk je rumah bau busuk sangat, lagi-lagi dekat bahagian tandas.
Saya terus rasa nak muntah dan suami pulak terbau arak yang sangat kuat, bukan itu sahaja ada lipas lagi depan mata dengan pinggan tak basuh.
Unit yang kami sewakan untuk dia memang macam dia tak pernah cuci langsung.
Tambah pula pintu kunci rumah rosak, lampu rosak tak tahu macam mana boleh jadi macam tu.
Bukannya murah, beli dekat SSF semua barang dalam studio unit ni.
Dia cakap dekat saya yang dia nak hantar kawan dia untuk kemas unit saya lagi 1 minggu.
Memang tak la nk tunggu kawan dia dengan bau rumah macam tong sampah, ada lipas lagi depan mata, sinki ada rambut dia ya allah geli.
Penghawa dingin sampai berkulat dengan tak pernah servis.
Lepas orang penghawa dingin servis dan cleaner dah cuci, nampak la rupa sikit studio unit kami yang cantik ni.
4 jam jugak sebab kotor sangat, dalam kabinet lagi, balkoni lagi, toilet and seluruh unit.
Nasib baik dia sewa 1 tahun lebih je.
Pengajaran dekat sini, nak sewakan dekat Arab perlu fikir banyak kali atau deposit tangguh banyak sikit.
Saya ada tanya kawan buat rental pun cakap kebanyakkan penyewa Arab memang macam tu, ada yang tak pengotor tapi tiada budi bahasa.
First time dapat tenant pengotor, islam Arab tapi pengotor ya๐คฎ not to be racist, selama ni my experience with previous tenants semua pembersih. Ni first time rented out unit dekat Arab, perempuan, ingat ke okay sebab perempuan kan pic.twitter.com/KgnBJ8bgEu
โ โ๐โห Ezy๐๏ธ โกโห (@ezyezzreen) May 16, 2024
Baca:
Komen Leona tentang Azhar Sulaiman cetus reaksi netizen, tidak kongsi pandangan sama
Makin padu! Proton bakal guna pintu bersayap? Semua gambaran dipamer di Beijing Automobil 2024
Senarai acara sepanjang 10 hari pertabalan Agong ke-17, rakyat biasa pun boleh join sekali