Realtime website trackingweb stats

Penyelidik temui ciri-ciri unik orang malas bangun pagi, ada sesuatu yang positif pada pemikiran dan emosinya

Oleh FATIN AQILAH

Malas bangun pagi sering disinonimkan dengan orang yang tidak berwawasan dan tiada masa hadapan.

Namun lain pula dapatan kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik di luar negara.

Malah ianya unik dan sangat menarik untuk diteliti.

Menurut kajian yang dilaporkan, kebiasaan malas untuk bangun awal sebenarnya dapat dianggap sebagai ciri-ciri orang yang bijak atau pintar.

Kajian yang dilakukan oleh ahli psikologi evolusi dari Britain, Satoshi Kanazawa, dan Kaja Perina telah mengungkapkan hasil menarik ini.

Kajian ini menunjukkan bahawa malas bangun pagi sebenarnya bukanlah satu tindakan yang patut disalahkan.

Keengganan untuk bangun awal mungkin mempunyai akar yang berkaitan dengan tabiat lama manusia.

Menurut penelitian ini, nenek moyang kita mungkin lebih cenderung untuk tidur awal dan bangun awal.

Walaupun kelakuan ini mungkin bertentangan dengan norma kehidupan moden, namun ia boleh dianggap sebagai tanda ketepatan menyesuaikan diri dengan kehidupan masa kini, yang pada gilirannya dapat dianggap sebagai ciri kecerdasan.

Selain itu, penelitian ini menganggap keengganan untuk bangun awal sebagai tindakan inisiatif yang menunjukkan anda menghargai kebebasan dan tidak membiarkan diri terikat oleh rutin waktu. Ini boleh dianggap sebagai tanda kecerdasan.

Penyelidik juga mengesahkan bahawa individu yang cenderung untuk tidur lewat dan bangun selepas jam 08:00 mungkin lebih gembira dan bahagia dalam kehidupan mereka.

Hasil ini datang daripada pengkajian mengenai corak tidur dan keadaan sosioekonomi 1,229 lelaki dan wanita.

Namun, penting untuk diingat bahawa walaupun malas bangun pagi dapat dihubungkan dengan beberapa kebaikan, ini tidak bermakna anda harus memaksa diri untuk menjaga waktu malam dan bangun lewat.

Kajian lain menunjukkan bahawa tidur lebih daripada 12 jam sehari boleh meningkatkan risiko kematian.

Jadi, kesederhanaan dalam pola tidur juga penting untuk kesihatan yang baik.

Baca:

Dah buang gedik, peminat mahu pula Kak Lina Pom Pom kembali, imej santun Elly M tetap menghiburkan

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal