Realtime website trackingweb stats

Penjual tak tipu hanya kita ramai tak tahu, inilah maksud sebenar “daging lembu”, “susu segar”

Oleh NURAIMAN

Ramai daripada kita sebagai pengguna menganggap penjual dan pihak industri menipu apabila mengetahui apa yang dibeli dan dimakan bukan daging atau segar seperti tertera pada bungkusan atau kotak yang dijual.

Hakikatnya, semakin jauh jarak antara ladang dengan meja makan, semakin sukar untuk memastikan makanan itu sentiasa segar.

Ikuti kupasan padat daripada pengkaji makanan MAT SAMAN KATI yang memperincikan maksud sebenar “daging lembu” dan “susu segar” agar kita sebagai pengguna tidak keliru lagi:

Pernah heboh sebelum ini pasal susu Farm Fresh yang dikatakan tidak ‘fresh’. Dulu, heboh pasal daging yang bukan daging.

Ramai yang berasa ditipu dan tertipu tapi bagi pihak yang dikatakan menipu, tidak mengaku menipu. Siapa betul, siapa salah?

Betul dan salah tidak wujud, yang wujud hanya persepsi. Bagi saya, ini semua masalah istilah.

Imbas kembali pasal daging sebelum ini. Apabila Ramly Burger jual burger daging, secara automatik orang ingat daging lembu.

Begitu juga bila beli daging beku, automatik orang ingat daging lembu. Bila diketahui ia daging kerbau, semua orang kata penjual menipu.

Dalam undang-undang antarabangsa, “beef” can be cow’s meat or buffalo meat.

Apabila sebut “buffalo meat”, ia bermaksud daging bison. Jadi, kalau pergi Amerika dan order buffalo meat, kita akan dihidangkan daging bison.

Susu pula, kita anggap “susu segar” atau “fresh milk” ialah susu yang keluar terus dari tetek lembu.

Di sini, kesilapan pertama berlaku. Susu yang baru diperah dari tetek lembu atau kambing itu dipanggil susu mentah, atau “raw milk” bukan “susu segar.”

Mana-mana negara tidak menggalakkan rakyatnya minum susu mentah sebab takut keracunan mikroorganisma.

Sekurang-kurangnya, perlu dimasak dulu. Apabila dah masak, ia bukan lagi susu mentah tapi nak panggil apa?

Bila jarak antara ladang dengan meja makan semakin jauh, maka proses untuk memastikan makanan itu sentiasa segar menjadi semakin sulit. Pelbagai proses perlu dilalui.

Susu pun macam itu. Ada yang melalui proses UHT atau dijadikan tepung. Selagi sifat-sifat susu itu tidak berubah, ia kekal dengan nama “susu segar”.

Apakah standard yang digunakan untuk membolehkan pengeluar menggunakan label “susu segar”? Yang ni kita kena lihat Akta Makanan 1983 atau Peraturan Makanan 1985.

Susu segar perlu mengandungi tidak kurang daripada 3.25 peratus lemak susu dan 8.5 peratus pepejal susu bukan lemak.

Ia juga mesti tidak mengandungi air yang ditambah, tidak mengandungi “food additive” ataupun bahan antibiotik. Ia boleh disejukkan tetapi tidak boleh melalui proses radiasi atau rawatan fizikal yang lain.

Jadi, banyak lompang dalam undang-undang itu. Saya boleh import susu tepung dan bancuh balik, kemudian bubuh label susu segar dan tidak melanggar undang-undang. Saya tak tipu! Hangpa yang silap paham.

 

Baca :

Warna sebenar matahari bukanlah kuning atau oren macam kita selalu nampak, tapi… 

Buat Sahajalah Ikut Kepala Kau!” – Shaarnaz Ahmad berang dengan Azhar Sulaiman 

Kekasih dedah Salman Khan tuang arak atas tubuh demi penuhi fantasi