Dalam dunia jual beli, tawar-menawar sememangnya amalan biasa bagi mencapai persetujuan bersama antara penjual dan pembeli.
Namun, ada kalanya tawaran harga yang tidak masuk akal boleh mengakibatkan kerugian kepada penjual dan menimbulkan ketidakselesaan.
Baru-baru ini, tular di platform TikTok mengenai sekumpulan penjual bundle dari Malaysia
Ada yang sedang memburu pakaian streetwear di pasar karat Harajuku, Jepun.
Tawaran Harga yang Melampau
Apa yang mencetuskan perbincangan hangat ialah tindakan kumpulan tersebut yang cuba mendapatkan potongan harga secara agresif daripada seorang penjual warga emas.
@tembaktar Ujian dalam mencari rezki .. allah nk bagi yg lebih baik.. bersyukur pada rezki allah.. #tiktokmalaysia #bundlemalaysia #sellermarah #fyp #fypシ ♬ original sound – tembaktar – 6 to 6
Pada mulanya, kedua-dua pihak bersetuju dengan harga ¥15,000 (~RM444.18). Namun, ketika proses pembayaran, mereka terus mendesak untuk harga yang lebih rendah. Malah, mereka memetik nama Malaysia dengan harapan mendapatkan diskaun tambahan.
Lebih mengejutkan, salah seorang daripada mereka menarik kembali wang kertas semasa urusan pembayaran, membuatkan penjual tersebut tidak selesa. Situasi itu memaksa penjual tersebut hampir memulangkan semula wang mereka kerana merasakan urusan jual beli tidak lagi berbaloi.
Kritikan Netizen dan Isu Harga
Pakaian yang dibeli, termasuk baju dan hoodie jenama terkenal, sememangnya dalam keadaan baik meskipun terpakai, justeru harga yang ditetapkan adalah wajar. Namun, tindakan kumpulan penjual bundle tersebut dianggap keterlaluan kerana menawarkan harga yang terlalu rendah dan mendesak sepanjang urusan jual beli.
Ramai netizen mengecam tindakan tersebut, dengan menyatakan bahawa sebagai sesama penjual, mereka seharusnya memahami margin keuntungan barangan terpakai yang tidaklah tinggi. Tindakan meminta potongan harga secara keterlaluan hanya akan mengundang kerugian kepada penjual.
Nama Negara Tercalar
Insiden ini turut mencetuskan rasa malu dalam kalangan netizen yang merasakan nama Malaysia tercalar akibat tindakan kumpulan tersebut.
Netizen meminta orang ramai agar tidak meniru perbuatan sedemikian kerana ia boleh menimbulkan pandangan negatif terhadap rakyat Malaysia oleh penduduk tempatan di Jepun.
Sebagai pengajaran, penting untuk menghormati penjual dan memahami nilai barangan sebelum membuat sebarang rundingan harga. Jaga adab, jaga nama negara.
BACA: Walaupun bapa tinggalkan harta pusaka yang banyak, waris Ananda Krishnan pula tinggalkan harta dunia