Realtime website trackingweb stats

Penjawat awam dan pelajar terima makanan berulat, Menteri Brunei tegur para tender untuk lebih serius

Oleh ARIF ABDULLAH

Di sebalik kegemilangan majlis perkahwinan putera dari Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, dan pasangannya, Dayang Anisha Rosnah Adam, terdapat satu berita kurang menyenangkan mengenai majlis tersebut.

Menurut laporan media, terdapat aduan tentang makanan yang mengandungi ulat yang diberikan kepada penjawat awam dan pelajar sekolah yang terlibat dalam perarakan diraja yang diadakan pada Ahad lepas.

Menteri Dalam Negeri Brunei, Dato’ Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman, yang juga pemangku Menteri Pendidikan, menyatakan bahawa sebanyak 23,800 bungkusan makanan telah diberikan kepada pelajar dan 15,700 bungkusan makanan pula diberikan kepada penjawat awam.

Penjawat awam dan pelajar terima makanan berulat, Menteri Brunei tegur para tender untuk lebih serius

Namun, sebanyak 775 roti yang diberikan kepada tiga sekolah didapati tidak sesuai untuk dimakan.

Menurut Awang Ahmaddin, penyediaan makanan tersebut telah diuruskan oleh Kementerian Pendidikan dan tender dibuka berdasarkan kriteria tertentu seperti kos dan kebolehan dalam menyediakan makanan.

Sebanyak 18 syarikat juga diarahkan untuk menyediakan makanan berdasarkan zon masing-masing.

Untungnya, tiada kes sakit perut atau gastroenteritis yang dilaporkan di kalangan peserta majlis perarakan tersebut.

Walaupun demikian, Menteri Kesihatan Brunei, Dato Seri Setia Dr Mohd Isham Jaafar, menegur para penerima tender agar memandang isu ini untk lebih serius dalam memastikan kebersihan makanan, kerana ini melibatkan pelbagai pihak.

Penjawat awam dan pelajar terima makanan berulat, Menteri Brunei tegur para tender untuk lebih serius

Nasib baik tiada yang mengalami masalah kesihatan.

Semoga pihak penyedia makanan akan lebih berhati-hati dalam isu ini di masa akan datang.

Baca:

Netizen dilabel munafik! Sajat pertikai kek tapak kuda guna bahan diboikot

Geram lihat komen ‘What Country Is This’, warga maya nak cari lelaki ini

‘Jangan hukum tanpa fakta’ DBKL sekolahkan netizen tuduh ‘zalim’ isu roboh gerai ikan singgang