Sebagai seorang ibu, pastinya anda sering menyediakan makanan untuk anak anda bawa ke sekolah.
Tetapi, jika anak anda selalu makan makanan yang sama, mereka mungkin akan jemu dengan makanan itu.
Bukan hanya penting untuk menyediakan makanan yang berkhasiat, tetapi juga enak.
Banyak ibu di luar sana memikirkan apa yang hendak diberi kepada anak-anak mereka.
Jika anda berasa keliru, jangan risau!
Anda tidak perlu risau lagi kerana seorang pengguna Facebook bernama Hurun’lin Malik telah berkongsi resipi ‘beef schnitzel’ atau lebih mudah dikenali sebagai daging gunting ala-ala ayam gunting.
Mari baca resipi mudahnya di bawah.
Bahan-bahan yang anda perlukan:
1. Daging lembut
2. Potato starch
3. Telur
4. Breadcrumb
5. Garam
6. Minyak
Cara membuat beef schnitzel:
1. Letakkan daging dalam beg ziplock dan pukul dengan penggelek sehingga leper.
2. Balut daging dengan tepung kentang, telur yang telah diberi garam, dan breadcrumb.
3. Goreng dalam minyak hingga keemasan.
4. Sedia untuk disajikan.
Sangat mudah, kan? Pasti anak-anak anda akan senyum gembira semasa waktu rehat kerana boleh menikmati hidangan yang sedap dan memuaskan.
Sungguh lazat!
Baca:
Aliff Aziz dan Ruhainies sedondon pakai putih di KLIA, netizen syak nikah di Tanah Suci
TNG di MyKad telah tamat tempoh? Ini cara ‘renew’ yang mudah