Realtime website trackingweb stats

Pening cari whatsapp lama tak jumpa? Ini caranya, pengguna iPhone je boleh buat

Oleh ADINDA

Kebanyakan daripada kita berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp dengan menghantar pelbagai mesej kepada seseorang.

Kadangkala, anda mungkin ingin melihat semula mesej lama untuk tujuan tertentu, seperti tugasan.

Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menapis mesej berdasarkan tarikh.

Buat masa ini, ciri ini hanya tersedia untuk mesej individu atau kumpulan.

Berikut adalah panduan untuk mencari mesej di WhatsApp berdasarkan tarikh di iPhone:

Pening cari whatsapp lama tak jumpa? Ini caranya, pengguna iPhone je boleh buat

Cara mencari mesej di WhatsApp berdasarkan tarikh di iPhone:

1.Buka WhatsApp dan pilih mesej individu atau kumpulan yang anda mahu semak.

2.Buka profil mereka dengan mengklik nama atau gambar mereka.

3.Tekan butang ‘Search’ atau Cari.

4.Kemudian, tekan ikon kalendar yang terletak di bahagian atas papan kekunci.

5.Tetapkan tarikh mesej yang anda ingin cari dan tekan ‘Jump to date’.

6.Akhir sekali, mesej yang dicari akan dipaparkan pada skrin peranti anda.

Jika anda memasukkan perkataan dalam kotak carian, anda tidak akan dapat menapis mesej berdasarkan hari. Oleh itu, pastikan anda terus menekan ikon kalendar selepas butang carian.

Ciri ini hanya tersedia untuk pengguna iOS buat masa ini, tetapi dijangka akan ditawarkan kepada pengguna Android pada masa hadapan.

Dengan ciri ini, anda boleh mencari mesej penting dengan lebih mudah berdasarkan tarikh tertentu. Meta telah menambah ciri ini untuk meningkatkan pengalaman pengguna aplikasi mereka

BACA:“Jualan meletop!” Bermodalkan daun ketapang dikutip tepi jalan, lelaki berjaya jadi jutawan