Realtime website trackingweb stats

Peniaga tikam lidah dengan penguatkuasa, siap cabar penggal kepala hanya sebab isu lesen

Oleh FATIN AQILAH

Kurang dari seminggu selepas peristiwa pertengkaran peniaga dengan pegawai penguatkuasa di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini, satu kejadian serupa kembali berlaku pada hari Isnin lalu.

Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kuala Lumpur dan melibatkan pegawai penguatkuasa dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan seorang lelaki.

Dalam video tersebut, lelaki yang dipercayai suami kepada seorang peniaga wanita terlihat sedang bercakap dengan nada yang agresif kepada beberapa pegawai penguatkuasa.

Peniaga tikam lidah dengan penguatkuasa, siap cabar penggal kepala hanya sebab isu lesen

Dia juga dikatakan mencabar dan mengugut pegawai-pegawai tersebut.

Melalui video yang berdurasi selama satu minit 26 saat itu, lelaki tersebut terlihat menunjukkan wajahnya dan mencabar pegawai berkenaan untuk melakukan tindakan fizikal kepadanya.

Yang lebih mengejutkan, dia juga turut mengugut untuk memancung anggota penguatkuasa itu.

Diketahui, situasi itu berlaku setelah timbul isu mengenai pemeriksaan pelesenan di kawasan peniagaan tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Edisi Siasat mendakwa pegawai DBKL yang terlibat dalam kekecohan itu mengalami masalah psikologi dan sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Penguat kuasa DBKL ni ada masalah mental dan sedang follow up psikiatri di HKL. Tapi masih boleh duduk dalam Bahagian Penguatkuasaan pasal apa?

“Sepatutnya rehatkan dia di bahagian lain supaya tidak jadi emosi macan ini apabila berdepan dengan orang awam nanti,” dakwanya.

Kebanyakan orang sedang mencuba untuk mendapatkan respons daripada DBKL berkenaan dengan insiden itu.

Pada minggu lalu, dua peniaga lelaki di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah menghalang pegawai penguatkuasa daripada menjalankan tugas mereka, yang menyebabkan kekacauan selepas mereka ditahan oleh polis pada hari Jumaat.

Kedua-dua individu itu ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan untuk menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.

Baca:

Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari

Netizen mengeluh martabak mahal, rupanya ini puncanya

Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies