Realtime website trackingweb stats

‘Penat saya bayar….’ pemilik Suka Dessert jawab tuduhan guna coklat murah

Oleh NUR KASIH

Bagi penggemar masakan atau manisan berasaskan coklat, pastinya anda dapat membezakan sama ada tukang masak itu menggunakan bahan premium atau sebaliknya.

Tular di laman sosial seorang individu menuduh pemilik manisan popular, Suka Dessert dengan mendakwa dia menggunakan ‘coklat murah’ dan bukan coklat premium seperti yang dihebahkan untuk menipu pelanggan.

Tidak berdiam di situ, pemiliknya dikenali Siti Hajar Mohd Razali atau lebih mesra dikenali sebagai Auntie Ja tampil dengan satu video bagi menjelaskan tohmahan yang dilemparkan netizen itu.

'Penat saya bayar....' pemilik Suka Dessert jawab tuduhan guna coklat murah

Jelasnya, semua manisan yang dijual menggunakan coklat berkualiti tinggi di samping dia mempunyai bukti pembelian barangan untuk stok seminggu.

“Saya bukan nak jawab sebab saya tidak boleh terima kritikan. Saya anggap ia sebagai satu fitrah terhadap Suka Dessert.

Pertama sekali, Suka Dessert tidak pernah menipu, atau campur (bahan) dengan coklat lain dengan coklat yang kami iklankan.

Kalau tak percaya, saya akan tunjuk invoice penggunaan Suka Dessert dalam seminggu lebih. Tengok harga berapa”.

Dalam pada itu, Auntie Ja menyatakan dia sudah melabur duit demi mengekalkan kualiti ‘dessert’ yang dijual.

“Dekat tweet (platform X). dia beritahu yang dia takut up tweet ini.. Takut jika kena attack. Tapi saya nak tanya, tak takut ke up (naikkan hantaran) macam ini tapi dapat dosa besar sebab fitnah.

Penat-penat saya bayar mahal tapi orang kata kita pakai coklat murah. Dan Auntie Ja minta maaf jika tidak menepati cita rasa anda”.

Sebelum ini, seorang pengguna X meluahkan rasa kecewa dengan rasa coklat manisan yang dianggap ‘rasa biasa’ selepas beberapa kali membeli.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suka Dessert (@sukadessert)

Baca:

Suami rajin sidai baju atas BMW merah, luahan ‘syukur’ wanita ini dipertikai

Jarang bomba puji orang awam – Pemandu lori kontena, bas pun ikut arahan lelaki ini

Pandangan b*doh soal SPM Youtuber ini dikecam netizen