Realtime website trackingweb stats

Penat jadi rider? Ini cara dapatkan ‘kabel’ untuk kerja di syarikat terkenal

Oleh ABDULLAH HAMID

Kita semua tahu bahawa mendapatkan tawaran kerja bukanlah perkara mudah, terutamanya jika tiada hubungan dalam syarikat yang diidamkan.

Selain tidak menerima tawaran, ramai juga yang tidak mendapat panggilan temuduga walaupun sudah memohon.

Menerusi akaun Twitter @afrierhram_, beliau berkongsi tentang satu penyelesaian terbaik untuk membantu anda mendapatkan kerja di syarikat terkemuka melalui platform carikabel.com.

Seperti namanya, platform ini menghubungkan anda dengan orang dalam di syarikat-syarikat terkemuka.

Beliau menjelaskan bahawa semua kenalan yang ada di platform tersebut adalah daripada individu yang bekerja di syarikat-syarikat terkemuka.

Penat jadi rider? Ini cara dapatkan 'kabel' untuk kerja di syarikat terkenal

Syarikat-syarikat ini mempunyai program rujukan di mana rujukan akan menerima bayaran apabila berjaya membawa seseorang untuk bekerja di syarikat tersebut.

Jika anda berminat, lawati portal carikabel.com dan bayar RM100 melalui pautan yang disediakan

Selepas pembayaran, anda akan mendapat akses ke database yang mengandungi ratusan syarikat terkemuka yang sedang mencari pekerja.

Anda boleh mengakses database tersebut selama satu tahun untuk setiap pembayaran.

Menariknya, anda masih boleh menghubungi semua individu yang telah dihubungi walaupun tempoh langganan telah tamat. Anda boleh memperbaharui langganan jika mahu mendapatkan kenalan terkini.

Selain itu, anda juga boleh menghubungi beliau untuk bantuan jika berlaku sebarang masalah di masa depan

. Beliau juga menawarkan potongan harga 25%, menjadikan harga hanya RM75 untuk dua hari lagi.

Kini anda berpeluang untuk memiliki kenalan sendiri dan mendapatkan jawatan di syarikat terkemuka di Malaysia.

Kongsikan artikel ini agar lebih ramai orang, terutama graduan baru, dapat memanfaatkan platform ini.

BACA: Anak susah cari kerja, ibu bapa tawar gaji RM2600 sebulan untuk jadi anak sepenuh masa