Realtime website trackingweb stats

Pemuda ucap bye bye kepada hotel ini, dalam ratusan bilik hanya satu bilik ditempah, patutlah murah rupanya…

Oleh NURAIMAN

Seorang pengguna facebook berkongsi kisah menginap di sebuah hotel yang akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada hotel itu.

Daripada ratusan bilik, hanya beliau sekeluarga sahaja yang menginap di hotel itu pada hari tersebut.

Bila disemak di facebook, rupanya banyak kisah diceritakan tentang hotel itu dan membuatkan pemuda itu membuat siasatan sendiri pada malam itu.

Saya rasa ini kali terakhir la kot saya tempah hotel ni. Boleh dah nak ucap selamat tinggal.

Minggu lepas isteri saya ada ajak budak budak main kolam. Kalau nak main kolam, hotel ni je lah yang biasa kami pergi. Permandangan pun cantik, tepi pantai. Pagi pagi boleh pekena matahari naik. Dan yang paling best harga dia lah. RM100 je semalam. Hotel yang berkongsi dengan bangunan kedai lain pun kadang kadang tak dapat harga macam ni. Itu pun parking berebut dengan orang yang nak pergi Seven E dekat sebelah.

Tapi minggu lepas memang ralat sikit. Sebab sampai sampai Maghrib tu, tak ada pengunjung. Ada dua kereta je dekat tempat parking. Satu kereta saya. Dan satu lagi Hilux. Hilux tu pun kemungkinan besar kepunyaan hotel. Patut la tadi bila call kaunter cakap kami sampai lambat banyak, budak kaunter tu tak kalut suruh bayar dulu ke apa. Tak ada orang langsung rupanya.

Memang gila. Dalam ratus bilik yang ada, cuma satu keluarga saya je yang akan menginap. Saya dah agak dah, tapi tak sangka pula hasilnya sekejam ini.

Kisahnya macam ni.

Awal tahun itu hari, ada viral sikit pasal hotel ni. Ada satu mamat Tiktok mana la yang pergi rakam satu suara hantu datang dari bilik depan setentang dengan bilik dia sewa. Memang video tu real. Raw tak ada edit. Bunyi yang dikatakan hantu tu seram juga kalau dengar.

Yang menjadikan cerita hantu ni lebih dipercayai, sebelum adanya video bunyi hantu tu, memang hotel ni ada kecoh sekejap tentang penemuan mayat seorang perempuan kat dalam salah satu bilik. Ada yang kata kena bunuh. Ada yang juga kata bunuh diri. Dengan tersebarnya video ini, orang mengaitkan suara hantu tersebut ialah mayat perempuan tadi minta tolong. Kalau ikut kepercayaan dalam cerita cerita hantu dalam tivi, ada logik juga.

Ketika masyarakat sudah lama dahagakan cerita hantu, tiba tiba timbul pula cerita hantu yang mempunyai plot yang perfect sebegini. Siap ada video. Bagai pucuk dicita laa. Sampai nak pecah Facebook sebab ramai sangat tekan butang share. Komen komen tak payah cerita la. Beratur orang nak cerita dialah yang paling kena kacau masa tidur kat situ dulu.

Saya dah jangka yang penyebaran video ni akan menjejaskan jumlah pengunjung hotel ini. Tapi tak ada la sampai tinggal kami satu satunya keluarga je yang duduk dekat hotel ni. Dah macam jalan cerita filem seram la pula. Suara Wan Alexander menjerit, siap ada gema gema.

Dalam kesunyian itu, tiba tiba isteri saya berbunyi, “Bakpe takdok orang eh?”

Walaupun saya dah dapat agak kenapa tak ada orang, tapi saya cuba berbasa-basi menjawab mungkin kerana faktor ekonomi. Tapi sebenarnya tak logik pun. Dah la hujung minggu. Dalam beratus bilik, takkan la ko sorang je yang tempah hotel tu kan? Macam terlalu T20 la pula bila saya sorang je yang mampu tidur hotel.

Isteri saya macam tak puas hati, dan cuba menterjemahkan pula kegusaran hatinya dengan berbahasa Inggeris. Macam Dana Scully, tapi tak ada efek muzik X-Files.

“Or. Is there anything happenned here that we don’t know?”

Saya telan air liur. Ah, sudah! Nampaknya isteri saya sudah menghidu sesuatu. Saya masih diam. Tapi jiwa saya bagaikan bergelora memikirkan perkara yang mungkin berlaku. Makan malam pada malam itu saya berdoa agar isteri saya tak pandai pandai pergi search dalam Facebook apa sebenarnya yang berlaku. Kalau dia tahu, bertambah susah pula saya nak memujuk. Walaupun mendapat A semua subjek sains semasa SPM, tidak bermakna dia tak takut hantu.

Boleh jadi sebab Tuhan kasihan pagi tadi sibuk sangat oncall sampai balik lewat, Tuhan makbulkan doa saya. Isteri saya tak lagi berbincang mengenai kesunyian hotel tersebut. Tapi nak berbincang pun tak sempat rasanya kalau dah jenis Wan Alexander pergi panjat meja makan kedai orang. Wan Asma’ pulak masa tu juga lah nak berak.

Balik hotel pun, perjalanan berjalan lancar. Anak anak senang pula nak tidur. Saya bimbang juga kalau tiga beradik ni tak nak tidur. Kang tak pasal pasal jumpa benda pelik. Jadi satu kerja pula saya nak selesaikan. Dah la surah surah halau hantu ni saya tak hafal. Buah Jackie Chan ada la saya tahu sikit sikit. Tapi macam tak manis la pula nak kungfu wanita yang dah meninggal. Bila anak anak tidur awal, risiko nak jumpa hantu tu berkurang la sikit.

Bila kita cakap risiko tu kurang, bukan tak ada langsung kan?

Macam tu la. Tiba tiba pukul 3.00 pagi, waktu yang paling sesuai untuk hantu muncul, saya terjaga dari tidur. Ah sudah! Saya tengok sekeliling. Mula mula sekali saya kira anak anak saya cukup ke tak. Mana tahu dah kena tarik ke sorang. Alhamdulillah cukup. Isteri saya pun nampak tengah sedap tidur. Okaylah.

Saya pun nak sambung tidur semula. Bila saya dah pejam mata, dan dan masa tu juga perut saya rasa memulas. Aduh. Agaknya mungkin malam ini saya sudah ditakdirkan untuk berjumpa hantu. Pergilah saya ke tandas untuk melepaskan hajat. Bunyi tu ada la sikit sikit. Tapi saya percaya bunyi tu datang dari sistem pendingin hawa dan juga sistem paip air je la kot. Saya sendiri pun tak selesa sambil buang air sambil nak siasat bunyi apa.

Bila dah selesai buang air, hati saya tiba tiba rasa tergerak nak tahu. Bila kita tengok cerita hantu, selalu kita kata hero tu bodoh dah tahu ada hantu nak pergi tengok juga. Macam tu juga saya. Perasaan nak tahu tu memang membuak buak walaupun sebenarnya tak payah tahu pun lagi selamat.

Saya pergi ke pintu depan, tak bunyi apa apa. Cuma bila saya nak pergi ke balkoni tu rasa berdebar-debar sikit. Macam ada sesuatu yang menunggu di balik balkoni. Perlahan lahan saya tarik langsir nak tengok apa yang ada dekat balkoni. Saya tarik slow slow macam dalam filem filem hantu yang lain.

Pehh. Tak ada apa apa pun. Saya pun pergi sambung tidur sampai la Subuh. Secara kesimpulannya, tak ada hantu pun yang saya jumpa.

Besoknya saya cerita dekat isteri saya yang hotel ni ada kisah hantu awal tahun itu hari. Itu sebab tak ramai orang. Saya minta dia search dalam Facebook. Setelah melihat video tersebut, beliau memutuskan untuk tidak akan lagi tidur di sini. Saya hanya menurut perintah.

Selamat tinggal hotel yang tak ada hantu.

Sekian.

Baca:

Dah buang gedik, peminat mahu pula Kak Lina Pom Pom kembali, imej santun Elly M tetap menghiburkan

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal