Realtime website trackingweb stats

Pemuda ini selesa jadi ‘homeless’, rupanya ayah sendiri lebih sedekad tak kerja selepas jual motor

Oleh NURAIMAN

Seorang pemuda selesa benar jadi ‘homeless’ malah mengaku ayahnya sendiri sudah 12 tahun tidak bekerja selepas menjual motosikal.

Syafiq, 21, berkata, mereka sekeluarga masih boleh meneruskan kehidupan atas bantuan orang ramai.

“Keluarga kami ada dapat bantuan Baitulmal untuk sewa rumah dan bantuan zakat untuk dijadikan wang perbelanjaan bil air dan api serta beberapa barangan keperluan lain.

“Kami sekeluarga memang tak ada apa-apa kenderaan. Apapun, kami masih mampu hidup dengan baik sebab ramai bantu,” dipetik Kosmo!

Anak sulung yang juga mempunyai dua orang adik itu berkata, dia tidak kisah mengenai soal kerja kerana bapanya mampu menampung keluarga tanpa perlu bersusah payah membuat kerja di luar.

“Zaman sekarang ramai orang suka tolong, pagi sampai malam ada orang bagi makan, jadi ibu tak payah masak, barang dapur pun tak payah beli, buat apa nak kerja dan terikat dengan majikan,” tambahnya lagi.

Syafiq dan ayahnya antara ratusan mungkin ribuan golongan gelandangan di ibu negara yang enggan mencari kerja selepas menerima pelbagai bantuan secara percuma termasuk tempat tinggal, makanan dan pakaian.

Individu dewasa yang digelar sebagai ‘Mat Berat’ oleh komuniti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini dilihat ‘berat’ untuk berhijrah memperbaiki kualiti hidup dengan bekerja.

Mereka sama ada termasuk mempunyai rumah dianggap hanya ‘goyang kaki’ menunggu bantuan.

Ada antaranya datang tidur di pusat transit gelandangan dengan disediakan makanan secara percuma pada tengah hari dan petang.

Sementara menanti malam tiba, mereka hanya lepak di mana-mana lokasi dengan dibimbangi hidup ‘selesa’ bergelar gelandangan tanpa berusaha mengubah kehidupan.

Baca:

Pemuda dipenjara ‘terlajak’ dengan remaja Tingkatan 2, nasihat hakim itu patut dihadam kaum Adam

Kalau betul anak Melayu, cuba jawab 20 teka-teki berusia lebih 100 tahun ini

Warna sebenar matahari bukanlah kuning atau oren macam kita selalu nampak, tapi…