Seorang pemuda berusia 18 tahun dipenjara lima tahun selepas bersalah ‘terlajak’ dengan remaja Tingkatan 2 di sebuah rumah di Kluang, antara jam 9 hingga 10 pagi, 22 Oktober lalu.
Dia bahkan dihukum dengan tiga sebatan dan menjalani hukuman itu di Penjara Sungai Udang, Melaka.
Nasi sudah menjadi bubur, di luar mahkamah, suasana pilu seketika apabila bapanya memeluk tertuduh sambil menitiskan air mata sebelum dia dibawa ke penjara.
Terdahulu, Hakim Abu Bakar Manat menjatuhi hukuman ke atas Muhammad Irfan Mohamad Farid di Mahkamah Sesyen Muar, 31 Oktober, atas tuduhan merogol kenalan bawah umur berumur baru 14 tahun.
Namun, nasihat hakim berkenaan patut dihadam kaum Adam walaupun ada remaja perempuan datang ‘menyerah’:
“Kamu ada adik perempuan, apa perasaan kamu jika orang lain buat (rogol) perkara sama padanya? Apa perasaan kamu sebagai abang?
“Kalau tak nak benda tak baik berlaku pada keluarga kita, jangan sesekali kita buat pada orang lain? Hukuman ini bukanlah pengakhiran tapi pengajaran pada kamu kelak.”
Itu nasihat Hakim Abu Bakar terhadap tertuduh yang bersalah mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Mengikut fakta kes, mangsa berasal dari Klang, Selangor dilaporkan datang ke rumah tertuduh selepas sebulan berkenalan melalui media sosial.
Remaja perempuan itu menaiki bas sebelum bermalam di rumah tertuduh dan kesempatan tersebut diambil dengan melakukan perbuatan itu.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa, Raya Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira beberapa faktor termasuk mangsa bawah umur.
“Jika dilihat daripada fakta kes, pihak pendakwaan mendapati wujud elemen paksaan terhadap mangsa. Malah, tertuduh sendiri mengakui kesalahan dilakukan dan ini amat serius.
“Kejadian ini meninggalkan kesan dan trauma kepada mangsa pada masa akan datang,” katanya.
Selepas mengambil hujahan pihak pendakwaan serta rayuan tertuduh, mahkamah memutuskan pemuda itu dikenakan penjara lima tahun bermula dari tarikh ditangkap 24 Oktober lalu serta tiga sebatan.
Baca:
Kalau betul anak Melayu, cuba jawab 20 teka-teki berusia lebih 100 tahun ini
Warna sebenar matahari bukanlah kuning atau oren macam kita selalu nampak, tapi…
Buat Sahajalah Ikut Kepala Kau!” – Shaarnaz Ahmad berang dengan Azhar Sulaiman