Seorang wanita kelahiran Uganda yang berkahwin dengan warganegara China malah mereka menetap di di kawasan kampung di daerah Suichang di wilayah Zhejiang menarik perhatian dunia.
Rose, 29, yang berkahwin dengan kekasihnya, Wu Jianyun selepas mengenalinya pada 2014 rupanya bermula di kedai perabot milik warga China di Uganda.
Awalnya, Rose yang dilahirkan dalam keluarga miskin bekerja di kedai perabot itu. Pada ketika itulah dia berkenalan dengan suami secara dalam talian menerusi sepupunya.
Rose memberitahu, pada awal perkenalan mereka, dia tidak berani untuk berkongsi gambar dengan Wu kerana bimbang menjadi mangsa perkauman.
Namun, Rose cekalkan hati dan menghantar gambarnya kepada Wu.
Tidak lama selepas itu, mereka memutuskan untuk menjalin hubungan dengan Rose pergi ke China dan berkahwin pada 2015.
Bohonglah tidak berdepan dengan masalah perbezaan budaya. Rose memang mengalami kesukaran membiasakan diri di China tetapi semuanya berubah menjadi lebih baik hari demi hari.
Bagi Rose yang kini mempunyai anak lelaki, Wu Zian berumur tujuh tahun, perbezaan warna kulit, agama dan budaya bukanlah menjadi masalah buatnya.
“Saya juga tidak pernah menyangka akan berkahwin dengan orang Cina kerana China dan Afrika amat berbeza.
“Tetapi, siapa saya mahu tolak rezeki dan tuah? Saya sering beritahu anak kami, semua perkara boleh berlaku jika kita inginkannya,” dipetik Utusan Malaysia.
Sekarang, Rose yang turut digelar sebagai Li Ziqi Afrika iaitu merujuk kepada blogger makanan Cina terkenal memang menambat hati warga China malah dunia.
Rose mengalahkan warga China apabila selamba menunjukkan bagaimana cara memasak juadah masyarakat China.
Tidak hairanlah beliau sudah bergelar pempengaruh apabila mempunyai seramai 11 juta pengikut dan 160 juta tanda like pada semua hantarannya.
Beliau tidak kekok pun menyediakan pelbagai juadah makanan masyarakat China. Malah, tukang masak hebat ini mampu memasak makanan sempena perayaan dan festival masyarakat China.
Video masakannya tular di seluruh dunia. Video masakannya yang paling mendapat perhatian antaranya adalah ikan stim bercili yang ditonton lebih 80 juta kali dan menerima 1.5 juta like.
Tambah istimewa lagi mengenai Rose apabila dia begitu fasih bercakap dalam bahasa Mandarin sehinggakan digelar sebagai ‘isteri warga asing paling fasih berbahasa Cina’ oleh rakyat China.
Baca:
Pasangan bercerai gara-gara cemburu beli iPhone 15 Pro Max, siap ugut saman isteri sendiri
Baru berjinak dengan sukan basikal? Ini 12 perkara anda wajib tahu supaya tidak tertipu