Penampilan yang kelihatan tidak terurus menimbulkan banyak spekulasi di kalangan peminat tentang kesihatan mental penyanyi terkenal, Justin Bieber.
Kebimbangan peminat bertambah apabila Justin berkongsi gambar dirinya menangis dalam satu hantaran di Instagram.
“Dia mengalami saat sulit saat ini dan tidak seperti biasanya yang selalu ceria,” kata salah seorang peminat.
Melihat keadaan Justin ini, peminat meminta Hailey Baldwin untuk menjaga keadaan suaminya itu.
Keadaan terhadap Bieber juga menarik perhatian Judi James, seorang pakar dalam menterjemahkan bahasa badan yang terkenal, yang mengatakan bahawa penyanyi berusia 30 tahun itu mengalami masalah dalam hubungan intim yang sudah lama.
Sementara itu, Hailey, isterinya, juga dilihat memberikan respon dan komen atas gambar suaminya yang dianggapnya lucu.
Menurut model itu, suaminya mudah menangis.
“Bieber ni orang yang sangat mudah menangis,” komen Haily di Instagram Justin Bieber.
Sementara itu, model berumur 27 tahun ini menolak segala tuduhan dan anggapan yang mengatakan bahawa rumah tangganya sedang bergolak dan hubungannya dengan suaminya sedang dalam keadaan dingin.
Baca:
Gara-gara enggan membuat ini, gadis ini bertindak lari dari rumah
“Orang kita cepat melatah” -rakan tampil pertahan Alif Satar lepas isu buat persembahan di gereja