Realtime website trackingweb stats

Peminat cendawan kukur boleh tanam sendiri, 7 hari boleh dapat hasil

Oleh SHAZLIN AZIZ

Cendawan kukur atau kulat sisir (Schizophyllum commune) sememangnya tidak asing dalam kalangan penduduk negara ini yang dijadikan sebagai juadah enak.

Ia tumbuh liar pada batang pokok kayu yang sedang menjalani proses pereputan selepas hujan.

Di Malaysia, cendawan sisir dari pokok kayu getah paling popular dikutip untuk dijadikan masakan enak.

Peminat cendawan kukur boleh tanam sendiri, 7 hari boleh dapat hasil

Bukan saja enak dijadikan masakan, malah ia antara tanaman yang mudah dan boleh tanam sendiri selain hasil boleh dikutip dalam tempoh seminggu.

Cara menanam cendawan kukur:

1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di Shopee (klik SINI untuk beli). Macam ini rupanya.

2. Bila dah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.

3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Saya gantung pada dahan pokok Mangga. Boleh letak di beranda/balkoni juga.

4. Siram pagi dan petang.

5. Hari ke 7 atau 8 dah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.

Peminat cendawan kukur boleh tanam sendiri, 7 hari boleh dapat hasil

Senang bukan?

Sumber: Cikgu Fitri

Baca:

Jadual rujukan ibu – ibu, ini takwim persekolahan sesi 2024/2025

Tular wajah lelaki tidak tahan sebak ketika Malaysia dahului, rupanya ada kisah tersendiri.. Sanggup jual…

Cikgu kecewa hampir satu kelas dapat markah kosong, tapi cita-cita mereka mengejutkan