Semakin ramai masyarakat sedar akan pentingnya menjaga kesihatan, oleh itu banyak yang memilih untuk mengurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian.
Oleh itu, tidak menghairankan jika beberapa pelanggan di kedai makan memesan minuman dengan meminta agar gula dikurangkan.
Namun, berbeza dengan pengalaman pelanggan ini di sebuah kedai makan, dia meminta minumannya tanpa gula dan ais.
Dalam resit yang dimuat naik di Facebook oleh Chee Chong Chin pada 15 Mac lalu, terlihat caj RM3 dikenakan untuk setiap minuman tanpa gula, dan tambahan RM3 lagi jika tanpa ais.
Secara keseluruhannya, pelanggan tersebut diminta membayar RM6 sebagai caj tambahan.
Tindakan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dari pihak pelanggan terhadap tindakan peniaga tersebut.
Namun, maklumat lanjut mengenai nama dan lokasi kedai tidak dinyatakan oleh pelanggan tersebut.
Di bahagian komen, rata-ratanya netizen turut menyuarakan kehairanan mereka terhadap tindakan peniaga tersebut yang dianggap tidak munasabah.
Secara logiknya, permintaan pelanggan untuk mengurangkan gula sepatutnya memberi kelebihan kepada peniaga dengan penjimatan modal gula.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa jumlah keseluruhan yang diminta untuk satu minuman tersebut terlalu mahal dan hampir sama dengan harga minuman berjenama yang terkenal di pasaran.
Kata mereka, mungkin peniaga ‘berasa tersakiti’, kos tambahan tersebut dikenakan kerana terpaksa mengubah resepi minuman mengikut kehendak pelanggan
Baca:
Resipi parfait yogurt kurma juadah berbuka yang menyelerakan, mudah dan sekejap saja nak buat
Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan
Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling penting