Realtime website trackingweb stats

Patutlah orang Cina mudah dan cepat kaya, Melayu pun patut mula bina aset ‘tak nampak’

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Masyarakat Cina di Malaysia yang rata-rata dilihat banyak duit dan kaya rupanya membina aset yang ‘tak nampak’ yang akan muncul di kemudian hari apabila mereka sudah tiada.

Ikuti pendapat Fatini Ismadi mengenai cara dan usaha masyarakat Cina mudah dan cepat kaya yang meraih perhatian warganet:

Mengapa Orang Cina Mudah & Cepat Kaya?

Patutlah orang Cina mudah dan cepat kaya, Melayu pun patut mula bina aset ‘tak nampak’

1. Setiap kali ambil loan, mereka juga akan buka satu polisi insurans bernilai sama dengan nilai loan atau berganda-ganda.

2. Charity dah menjadi sebahagian dari budaya hidup mereka.

Ini diterjemahkan kepada donation (infaq) kepada sekolah mereka, dewan perniagaan, rumah-rumah ibadah, foster home.

Semua charity ini tidak menggunakan duit mereka keseluruhannya tetapi menggunakan insurans!

Bayar sedikit tetapi amaun charity yang berlipat kali ganda!

Bagaimana orang Melayu Islam kita kutip duit untuk bina sekolah atau masjid?

3. Setiap ketua keluarga tidak memberi kemewahan secara terus kepada anak-anak, cucu-cucu mereka tetapi dengan bersyarat.

Syaratnya anak-anak, cucu-cucu juga perlu berusaha setanding orang tuanya, baru kemewahan itu automatik mereka akan terima.

4. Kekayaan wang tidak diberi begitu sahaja, tetapi diberi dalam bentuk polisi-polisi insurans yang nilainya berganda-ganda.

Sebab itulah kita selalu dengar kekayaan orang Cina boleh berkekalan sehingga 7 keturunan.

Ini realiti perbezaan mentaliti bangsa Cina tentang kekayaan.

5. Bangsa Cina walaupun bukan Islam, mereka lebih beriman terhadap aset yang belum nampak dari aset yang nampak depan mata.

Orang Melayu Islam ini walaupun hakikatnya beriman kepada perkara ghaib lebih suka membela harta yang nampak sekarang dari membina aset yang ‘tak nampak’ yang akan muncul di kemudian hari bila mereka dah tiada.

Secara tuntas, sebagai Muslim kita boleh beralih mencipta satu ‘peti besi kekayaan’ yang apabila kita tiada nanti, peti besi tadi menjadi saham kita untuk infaq (charity) dan melahirkan jutawan lain.

Sebaliknya, ada RM500,000 nak bagi dekat anak-anak RM500,000, sebenarnya dia ada cara RM500,000 itu bila sampai kepada anak-anak nilainya RM1 juta atau lebih.

Atas segala hal yang Allah berikan, Alhamdulillah.

Baca:

Terlalu laju masa ‘kona’, pemandu wanita kontena muatan berat cedera lori terbabas

Elak tauke minyak sentiasa untung, pembeli perlu bijak isi minyak dalam jumlah liter, bukan RM

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda