Realtime website trackingweb stats

Patutlah lalat susah ditangkap, rupanya ini sebabnya

Oleh ADINDA

Tahukah anda mengapa lalat susah ditangkap?

Ketika kita sedang makan, tiba-tiba terdengar bunyi lalat berdengung mendekati kita.

Pada awalnya, kita mungkin biarkan, tetapi lama kelamaan lalat itu mula bertindak menjengkelkan.

Patutlah lalat susah ditangkap, rupanya ini sebabnya

Kemudian, kita berazam untuk menangkapnya dengan memegang pemukul lalat atau majalah.

Dengan berhati-hati, kita mendekatinya tetapi, tindakan kita kadangkala gagal kerana lalat mempunyai tindak balas yang pantas dan dapat mengelakkan serangan kita.

Nak tahu tak, lalat mempunyai pelbagai penyesuaian yang membolehkan mereka menjadi lebih cekap, bergerak dengan lebih lancar, dan mempunyai persepsi yang membantu mereka bertindak lebih cepat dan pantas untuk mengelakkan pukulan.

Bukan itu saja, kajian terkini juga menunjukkan bahawa sayap belakang lalat yang diubahsuai memainkan peranan penting dalam membolehkannya mendarat dengan cepat di atas permukaan tanah – sering kali hanya dalam masa yang singkat.

Jenis-jenis lalat:

Lalat rumah yang biasa dikenali sebagai Musca domestica termasuk dalam kumpulan serangga yang dipanggil Order Diptera atau true flies..

Lalat Diptera memiliki sepasang sayap belakang yang telah diubahsuai untuk menjadi struktur kecil yang disebut halter.

Getaran yang dihasilkan membantu serangga ini menstabilkan badan semasa terbang dengan mengesan pergerakan badan dan juga berfungsi sebagai isyarat untuk sayap.

Selain itu, lalat ini juga sama seperti lalat jenis Calyptratae, yang menghasilkan getaran pada bahagian halter semasa terbang.

Dalam jurnal Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences, penyelidik telah mengkaji lalat Calyptratae untuk melihat sama ada gerakan halter mempengaruhi peralihan semasa terbang ke udara, yang memberikan input deria tambahan untuk membantu menyelaraskan pergerakan di sayap dan otot kaki.

Hasil kajian menunjukkan bahawa lalat jenis ini bergerak lima kali lebih pantas daripada lalat lain, di mana ia berlepas dalam purata kira-kira 7 saat dan hanya memerlukan satu pukulan sayap.

“Tiada satu pun daripada Calyptratae yang mempunyai tempoh berlepas lebih dari 14 saat,” kata penyelidik.
Sekiranya dibandingkan dengan lalat selain Calypratate, ia memerlukan kira-kira 39 saat dan empat rentak sayap untuk berlepas.

Keterangan di atas menunjukkan bahawa saintis telah merekodkan lalat terbang pada kelajuan sehingga 3,000 tangkapan dalam satu masa yang singkat.

Para penyelidik juga menyatakan bahawa lalat jenis Calyptratae akan mengalami kekurangan dari segi keseimbangan jika halter itu dilepaskan di tempat pendaratan yang tidak begitu memberasangkan, dan mereka mungkin terhempas ke tanah.

Hilang dalam sekelip mata

Bagaimanapun, halter bukan satu-satunya senjata rahsia lalat dapat mengelak pukulan dengan cepat.

Selain daripada lalat sejati, lalat buah juga memiliki keupayaan yang luar biasa seperti boleh mengubah haluan dalam masa kurang dari 1/100 sesaat – kira-kira 50 kali lebih pantas daripada mata berkedip.

Menurut saintis, serangga tersebut sering berguling sehingga 90 darjah dan ada yang hampir terbalik ketika terbang, yang membolehkan mereka memaksimumkan daya.

Lalat juga mempunyai penglihatan yang luar biasa, yang membantu mereka membuat tindakan cepat untuk mengelak dari sebarang ancaman.

Kira-kira 200 milisaat sebelum terbang, lalat buah menggunakan amaran visual tentang bahaya yang bakal terjadi untuk menyesuaikan postur mereka dan menentukan arah yang selamat.

Otak haiwan menilai masa dengan memproses gambar pada kelajuan yang dipanggil kadar gabungan kelipan, iaitu bilangan gambar yang berkelip ke dalam otak dalam sesaat.

Dengan keupayaan ini, tidak menghairankan jika lalat yang anda cuba tangkap dapat berlari dengan cepat.

Walau bagaimanapun, satu cara yang boleh meningkatkan peluang untuk menangkap lalat adalah dengan menyerang pada tempat di mana lalat mungkin akan pergi, bukannya di tempat ia sedang berehat.

Baca:

Ramai puji PMX elak guna Mercedes kerana dipercayai bagi sumbangan kepada zionis Israel

Tapak rumah allahyarham Sudirman kini tinggal tangga sahaja

Kadang dia Aqilah, ada masa jadi Daus – Jenuh jurutera ini ‘berperang’ dengan diri