Realtime website trackingweb stats

Patutlah beli rumah RM300,000 tapi kena bayar cecah RM600,000, rupanya ini punca sebenar!

Oleh AHMAD ISMAIL

Menurut pakar hartanah, Tan Gua Han, setiap peminjam yang membuat pinjaman untuk membeli rumah perlu bersedia membayar sejumlah yang hampir dua kali ganda dari nilai asal rumah.

Beliau menjelaskan mengapa peminjam terpaksa membayar sehingga RM600,000 kepada bank walaupun harga rumah yang dibeli hanya sekitar RM300,000.

“Apabila anda membeli rumah dengan harga RM300,000, perlu diingat bahawa pada akhirnya, anda akan membayar sehingga RM600,000 keseluruhannya.

“Bank tidak akan memberikan pinjaman sebanyak RM300,000 sahaja.

Biasanya, bank akan mengenakan faedah, dan purata kadar faedah yang dikenakan untuk pinjaman rumah adalah kira-kira empat peratus.

Patutlah beli rumah RM300,000 tapi kena bayar cecah RM600,000, rupanya ini punca sebenar!

“Mungkin peminjam berfikir, mengapa mereka perlu membayar RM600,000 untuk rumah yang hanya bernilai RM300,000,” katanya dalam media sosialnya hari ini.

Tan Gua Han, yang juga pengasas syarikat pembinaan Sonicon Construction, menyatakan bahawa kadar faedah yang dikenakan oleh bank menjadi bebanan kepada peminjam kerana mengakibatkan mereka membayar jumlah yang jauh lebih tinggi daripada nilai sebenar rumah.

“Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman untuk membeli rumah sebanyak RM300,000 dengan kadar faedah purata sebanyak 4 peratus, bayaran ansuran bulanan anda mungkin adalah sekitar RM1,300 setiap bulan untuk tempoh 35 tahun.

“Dalam satu tahun, anda sepatutnya hanya membayar jumlah ansuran sebanyak RM15,600 (RM1,300 dikali 12 bulan), tetapi anda juga perlu membayar jumlah faedah sebanyak empat peratus, yang bermakna jumlah faedah bagi pinjaman rumah RM300,000 adalah RM12,000 setahun,” jelasnya.

Beliau juga menghuraikan kesan daripada ini, di mana dalam tahun pertama pembayaran, peminjam hanya membayar sejumlah RM3,600 daripada hutang pokok (RM15,600 tolak RM12,000), sementara baki adalah keuntungan untuk pihak bank.

“Apabila anda berterusan membayar ansuran hutang serta faedah setiap tahun, ini akan menyebabkan hutang rumah anda terus meningkat sepanjang tempoh pinjaman.”

BACA: Teknik masak ikan keli goreng ‘confirm’ tak meletup, letak satu bahan ini