Peminat drama Korea tentu teruja setiap kali melihat hidangan Korea.
Salah satu hidangan yang terkenal adalah Ayam Madu Bawang Putih.
Ayam goreng gaya Korea ini memang sedap, rangup, dan lembut di dalam.
Salutan ayamnya juga sedap, dengan rasa manis daripada penggunaan madu.
Tidak kira peringkat usia pun pasti menyukainya.
Jika anda berminat untuk mencuba, mari lihat resipi yang dikongsi oleh Yasmin Dayanti Fami di bawah.
Pasti akan memuaskan!
Bahan-bahan ayam goreng:
• Ayam (guna bahagian yang anda sukai)
• 2 cawan tepung jagung
• 1 sudu kecik soda bikabonat
• Garam secukup rasa
• 1 sudu serbuk bawang putih
Bahan-bahan untuk sos honey garlic:
• 5 ulas bawang putih dikisar kasar
• Butter untuk menumis
• 1 sudu gula perang
• 2 sudu madu
• 4 sudu kicap cair
Cara-cara:
1. Gaul ayam dengan tepung jagung, soda bikarbonat, garam, dan serbuk bawang putih.
Balutkan kesemuanya sehingga ayam dilapis dengan baik.
2. Goreng ayam dalam minyak panas menggunakan api yang kuat.
Biarkan masak selama 6 hingga 8 minit. Lepas itu, angkat ayam dan toskan minyaknya.
Perapkan sebentar sambil kita sediakan sosnya.
3. Leburkan mentega dalam kuali.
Setelah mentega cair, tambahkan bawang putih dan tumis hingga harum.
4. Kemudian, tambahkan gula, madu, dan kicap cair.
Gaul hingga berbuih.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
Gaul sehingga ayam dilapisi dengan sos.
6. Ayam siap untuk dihidangkan.
Anda boleh makan ayam ini dengan nasi atau makan begitu sahaja.
Selamat mencuba!
Baca:
Amira othman dedah pernah diganggu lelaki mental, siap minta cium semasa sedang makan
Temui ajal di gelanggang, rupanya anak muda ini sanggup tolak beberapa ke universiti demi silat