Ramai orang mengecam tindakan seorang individu bersama dua kanak-kanak membuat persembahan silat di pekarangan Masjid Nabawi di Madinah.
Aksi itu dikatakan seperti tidak menghormati salah satu dari tiga tempat suci dalam agama Islam selain Masjid Al Aqsa di Palestin dan Masjid Al Haram di Makkah.
Namun, reaksi Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berbeza pula.
“Tidak perlu kecam tindakan mereka bersilat di pekarangan masjid,” kata Timbalan Dekan Jaringan Industri, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.
Selain solat dan beriktikaf, jelasnya, masjid sejak zaman nabi turut digunakan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti program ilmu.
Menurutnya, pada zaman itu bukan sahaja dalam masjid dan pekarangan tetapi di tepi masjid turut digunakan untuk berlatih memanah bagi pertahankan diri ketika perang.
“Masjid itu sebagai pusat untuk semua perkara.
“Malah, ketika itu orang bukan Islam datang hendak bertemu dengan nabi di kawasan Masjid Nabawi yang turut dikatakan sebagai tiang perwakilan kerana perwakilan dari dalam dan luar negara datang bertemu nabi di situ.
“Jadi, ini bermakna masjid boleh digunakan untuk banyak acara terutama bagi menarik anak-anak muda, dipetik BH.
Untuk rekod, Masjid Nabawi sebenarnya adalah masjid kedua yang dibina di Madinah oleh Rasulullah selepas Masjid Quba’.
Istimewanya ialah menunaikan solat di Masjid Nabawi lebih baik dari 1,000 solat yang ditunaikan di masjid biasa.
Malah, di mihrab Nabi Muhammad SAW adanya tiang Mukhallaqah iaitu tepatnya di bekas batang kurma yang sering digunakan Rasulullah ketika khutbah atau pun solat.
Bagaimanapun, klip video aksi silat yang tular itu tidak dapat dipastikan individu berkenaan adalah rakyat Malaysia atau dari negara jiran.
Sehubungan itu, Izhar yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), berkata tidak perlu marah dengan individu yang bersilat di pekarangan masjid.
“Mungkin dia hendak berlatih persembahan silat atau membawa budaya dan adat Melayu ke sana kerana lengkap berpakaian silat seperti pendekar. Kita tidak tahu niat dia.
“Selagi mana polis tidak tahan, apa yang dilakukan tiada masalah selagi tidak menyalahi undang-undang.
“Sebab ada macam-macam cara untuk tonjolkan budaya masing-masing seperti rakyat Maghribi dan Afrika sendiri yang sentiasa berpakaian negara mereka,” katanya.
Namun Izhar berkata, sekiranya individu berkenaan cuba untuk menyebarkan ilmu yang salah, itu tidak boleh.
“Jika dia datang untuk tunjukkan ilmu tertentu hingga membuat orang datang ke masjid semata-mata melihat ilmunya yang tidak betul itu, yang itu tidak boleh.
“Jika dia setakat datang pakai baju silat dan bersilat, mana tahu dengan cara itu ada orang Arab panggil mereka untuk mengajar anak-anak Arab bersilat.
“Itukan sesuatu perkara yang bagus kerana saya melihat perkara ini dari sudut yang positif,” tambahnya lagi.
Kecoh!
Datang jauh ke Madinah, tiba-tiba tunjuk tari silat di perkarangan Masjid Nabawi.
Saya masih ingat awal-awal saya saya sampai Madinah, 2019. Ada orang lokal yang agak skeptikal dengan orang Malaysia, saya pelik juga. Biasanya kita dipandang dengan pandangan yang baik.…
@atherabbastiktok #masjidnabawi #viral #salam ♬ Ya Nabi Salam Alayka – Percussion Version – Maher Zain Baca:
Suami rajin sidai baju atas BMW merah, luahan ‘syukur’ wanita ini dipertikai
Jarang bomba puji orang awam – Pemandu lori kontena, bas pun ikut arahan lelaki ini