Semalam saya ada terbaca post seseorang tentang begedil yang minta tips untuk elakkan begedil pecah bila digoreng.
Kebetulan pagi ni saya buat 10 kg kentang untuk pot luck kat sekolah harini sempena nak puasa.
Saya sertakan resipi, cara buat dan tips goreng begedil.
Bahan-bahan:
• 10 kg kentang
• Sekilo bawang besar (hiris halus)
• 350 gram daun sup (hiris halus)
• Sepaket bawang goreng
• 2 paket lada burung (hiris halus)
• 2 paket ayam kisar 4 (toskan air ayam ni tau, tengok kat gambar)
• Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Rebus kentang sampai empuk. Semasa rebus bubuh garam. Nak cepat empuk kentang tu potong kecil-kecil mcm dlm gambar.
2. Toskan kentang dan lenyek semasa tengah panas bersama-sama ayam kisar
3. Dah sekata masukkan bawang, daun sup, cili padi. Gaul sekata. Rasa. Jika kurang garam tambah garam secukupnya.
4. Masukkan bawang goreng. Gaul sekata.
Bawang goreng berfungsi sbg penyerap lembapan.
Jika rasa doh agk lembap boleh tambah bwg goreng.
5. Semua dah sekata bolehlah bulat-bulatkan doh jd ketulan kecil seperti dalam gambar. Bentuk terpulang pada tukang gentel.
Nak lonjong pun boleh.
6. Untuk menggoreng pastikan minyak banyak. Begedil tenggelam dalam minyak.
7. Pukul sedikit telur. Celup ketulan doh tadi dalam telur dan goreng.
8. Goreng sampai masak.
9. Dah masak, angkat, toskan minyak.
10. Sedia untuk dimakan
Tips menggoreng supaya begedil tak hancur
1. Goreng dgn minyak yg banyak. Pastikan doh tenggelam dalam minyak.
2. Lepas letak biarkan beberapa minit sehingga garing baru balik-balik kan.
3. Telur jgn pukul sampai berbuih. Pukul sekadar nak sebatikan putih dan kuning telur sahaja.
Jika pukul sampai berbuih atau terlalu lama minyak menggoreng akan cepat berbuih dan perlu ditukar banyak kali.
4. Telur untuk salutan tu tak perlu letak garam ye.
Ini pun salah satu sebab minyak cepat berbuih dan perlu ditukar.
5. Kuantiti bahan boleh diejas mengikut kesesuaian.
6. Ayam kisar tu boleh ganti dgn daging kisar.
Jika guna daging kisar goreng separuh masak tanpa minyak dulu baru gaul dengan ubi kentang.
7. Cili tu boleh je guna apa-apa cili pun.
Saya guna lada burung yang macam cili api tp lebih panjang tu.
Selamat mencuba.
Kredit: Nurul Afidah Omar
Baca:
Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies
Pemandu bas sekolah kena ‘check seat’, letak ‘tag’ nombor telefon pada beg murid pun patut dicontohi
Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera