Realtime website trackingweb stats

Pastikan ada satu bahan ‘rahsia’ ini di rumah untuk lembutkan daging yang beku

Oleh AHMAD ISMAIL

Ramai yang memasak pelbagai hidangan daging semasa Ramadan.

Ada hidangan seperti daging masak kicap, rendang daging, singgang daging, dan banyak lagi.

Tetapi, satu cabaran besar yang perlu diatasi ialah proses untuk melembutkan daging beku yang memerlukan masa yang agak lama.

Pastikan ada satu bahan 'rahsia' ini di rumah untuk lembutkan daging yang beku

Di Facebook, perkongsian tentang cara melembutkan daging oleh seorang individu yang dikenali sebagai Mahamidah Hamdan atau Cikgu Ida telah menjadi viral.

Jika sudah bosan dengan hidangan ikan atau ayam, kenapa tidak mencuba hidangan daging semasa Ramadan?

Menurutnya, satu tip yang penting adalah menggunakan hanya satu bahan, iaitu minyak masak.

Cara-cara melakukannya:

1. Letakkan dua sudu minyak masak ke dalam kuali. Panaskan minyak tersebut.

2. Masukkan daging ke dalam kuali.

3. Air akan keluar dari daging secara semulajadi. Gunakan api yang kuat.

4. Gaul daging sekali-sekala dalam kuali. Masak sehingga air kering.

5. Apabila hampir kering, gaul daging lebih kerap.

6. Apabila air sudah kering, daging akan menjadi lembut.

7. Selepas itu, bolehlah angkat daging dan masak mengikut selera.

Menurut Cikgu Ida, daging yang dimasak dengan cara ini akan menjadi empuk dengan mudah dan teksturnya akan sangat lembut.

Selamat mencuba!

Baca:

Petua makan bawang putih untuk hilangkan sakit kaki, tumit & angin dalam badan

Resipi lala masak serai untuk juadah berbuka

Beritahu peniaga kedai makan jangan guna ais untuk lauk mentah di pasar, ini cara nak kenal ais guna air masak