Realtime website trackingweb stats

Pasti jadi! Ini cara elak cermin mata berkabus dari ruangan berhawa dingin, ikut je 2 cara ini

Oleh ABDULLAH HAMID

Setiap kali keluar dari kereta yang berhawa dingin, cermin mata pasti akan berkabus.

Begitu juga apabila kita keluar dari pejabat.

Masalah ini memerlukan kita melap cermin mata sebelum mula bergerak.

Ada juga yang terpaksa melangkah dan terlanggar objek kerana penglihatan yang kabur akibat cermin mata berkabus ini.

Masalah yang sama berlaku apabila memakai penutup muka.

Pasti jadi! Ini cara elak cermin mata berkabus dari ruangan berhawa dingin, ikut je 2 cara ini

Hanya mereka yang memakai cermin mata memahami situasi ini. Sebenarnya, terdapat beberapa cara untuk mengelakkan cermin mata berkabus ketika keluar dari tempat berhawa dingin atau semasa memakai mask.

1. Gunakan cecair pencuci pinggan

Caranya tuang cecair pencuci pinggan di atas tuala, kemudian lap terus pada cermin mata. Biarkan sehingga 15 atau sehingga kering. Selepas itu lap dengan kain mikro fiber.

2. Gunakan ubat gigi atau shaving foam

Sapu ubat gigi atau shaving foam terus pada cermin mata di depan dan belakang sehingga rata. Kemudian terus basuh kemudian lap.

Cara menggunakan shaving foam tahan lebih lama berbanding ubat gigi.

BACA: 60 tahun tak pernah cuci bekas sos, ini resepi rahsia restoran Jepun buat ramai yang datang