Realtime website trackingweb stats

Pasang muzik suburkan tanaman, ini 5 tips nampak mengarut tapi berkesan

Oleh ADINDA

Pada masa ini, ramai orang sedar akan kepentingan tanaman organik.

Penekanan utama dalam penanaman organik adalah penggunaan baja dan racun serangga.

Bagi mereka yang menjalankan aktiviti kebun organik, mereka berusaha untuk memastikan bahawa tanaman mereka sihat tanpa menggunakan bahan kimia.

Dalam artikel ini, terdapat beberapa tips dan teknik lama yang sangat sesuai digunakan oleh individu yang menjalankan kebun secara organik.

Kebanyakan daripada tips dan teknik yang dikongsikan ini hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan tidak memerlukan kos besar.

1. Menggunakan Urin
Tahukah anda bahawa urin mengandungi tahap nitrogen yang tinggi?

Kandungan komposisi dalam urin mungkin berbeza-beza bagi setiap orang.

Secara umum, ia mengandungi nisbah NPK 11:1:2.

Nitrogen yang terdapat dalam urin manusia diketahui dapat merangsang pertumbuhan daun-daun tumbuhan. Oleh itu, baja daripada urin sesuai digunakan untuk tumbuhan yang mempunyai banyak daun.

2. Menanam Sisa Dapur di Kebun

Anda tidak perlu mempunyai bekas khas untuk mengumpulkan sisa-sisa dapur yang boleh dijadikan bahan kompos.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menggali berkedalaman 1 kaki berhampiran dengan tanaman atau atas batas dan tanamkan sisa dapur yang telah dikumpulkan.

Namun, anda perlu berhati-hati kerana tidak semua bahan sesuai untuk dibuat kompos, terutamanya tulang ayam dan lembu.

Untuk permulaan, kumpulkan sisa-sisa dapur seperti sayur-sayuran yang rosak, kulit bawang, dan nasi.

3. Teh dari Rumpai

Rumpai sering kali dianggap sebagai ancaman bagi tanaman di kebun. Walau bagaimanapun, ia sebenarnya memiliki manfaat yang baik untuk kebun anda.

Setelah merumpai, anda boleh mengumpulkan rumpai-rumpai tersebut dan masukkannya dalam satu bekas yang berisi air.
Pastikan air yang dituangkan mencukupi untuk menutupi jumlah rumpai tersebut.

Biarkan bekas tersebut terkena sinaran matahari untuk beberapa hari. Ini akan mengakibatkan pelepasan nitrogen yang terdapat dalam rumpai ke dalam air rendaman.

Air rendaman ini kemudian boleh digunakan untuk menyiram tanaman, manakala rumpai yang telah reput boleh digunakan sebagai lapisan pelindung di sekitar kebun anda.

4. Menggunakan Cangkerang dan Kulit Telur

Kulit telur dan cangkerang mengandungi kalsium yang tinggi.

Apabila anda menggunakan kulit telur atau cangkerang yang telah dihancurkan, ia akan berperanan sebagai ‘Slow-Release Fertilizer’, ia membekalkan kalsium yang penting dalam pertumbuhan tanaman.

Tambahan pula, kulit telur dan cangkerang dapat meningkatkan tahap alkali tanah, sambil melindungi tanaman daripada siput dan lintah yang boleh merosakkan tanaman.

5. Mainkan muzik untuk tanaman

Pernah dengar tak sahabat laman yang lain berkongsi tip berkebun salah satunya adalah dengan berborak bersama tanaman anda.
Nampak macam tahyul, tak percaya cuba lah.

Selain itu juga, anda boleh cuba mainkan muzik jazz.

Kajian dalam bidang biologi menunjukkan bahawa muzik, terutamanya genre jazz, boleh meningkatkan pertumbuhan dan produktiviti tumbuhan.

 

Baca :

Pemuda cerita agenda disebalik tindakan Israel bom hospital Gaza, bunuh 500 orang malam tadi 

Tersenyum dapat kunci Toyota Alphard, ramai teruja dengan ‘kejayaan’ Mohd Amar, takkan nak pakai Viva 

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap