Tular di media sosial perkongsian kertas jawapan murid sekolah yang ditinggalkan dengan ungkapan ‘sebab boleh dik’.
Ada yang menyalahkan pempengaruh media sosial, Azri Walter sehingga dianggap sebagai perosak anak-anak.
Reaksi balas pemilik kepada perniagaan dalam pelbagai jenis industri, Azri Walter yang sudah meraih lebih 4,500 tanda ‘like’ hanya dalam tempoh 19 jam dimuat naik ini menjentik ibu bapa sendiri mengenai tanggungjawab mereka sendiri dalam mengawal anak masing-masing menggunakan telefon:
Ramai orang tag saya dekat video yang menunjukkan kertas soalan di sekolah dengan jawapan “sebab boleh dek”.
Kemudian saya terbaca Zubaidi (bukan nama sebenar) menuliskan komen Azri Walter perosak anak-anak.
Bagi saya ia adalah tuduhan yang tidak berasas.
Mungkin ada yang tak kenal saya lalu membuat tuduhan melulu.
Kawan-kawan, saya ni bukan lelaki loser. Saya adalah seorang lelaki yang sukses setiap penjuru hidup.
Saya berjaya tamatkan SPM. Walaupun saya tidak cemerlang, setidaknya saya ada ilmu asas seperti membaca, mengira dan menulis. Saya berjaya jadi manusia berguna.
Walaupun saya tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti, Alhamdulillah hari ini saya memiliki kolej saya sendiri dan bakal membuka universiti sendiri.
Saya juga berjaya dalam bidang sukan, pernah rasa wakil negara. Selain itu, saya adalah lelaki yang sentiasa jaga fitness dan mengutamakan kesihatan walaupun sudah tidak bergelar atlet.
Saya sudah berkeluarga, saya ada kenderaan, saya ada kereta, saya ada motor, saya ada rumah, saya ada kucing dan saya ada kuda.
Saya juga masyhur di semua platform media sosial dan di seluruh jagat raya.
Saya juga pemilik kepada perniagaan dalam pelbagai jenis industri.
Saya juga lelaki yang mengutamakan agama dan taat kepada Allah azzawajala.
Saya ada kehidupan yang diimpikan oleh semua lelaki.
Atas segala pencapaian saya dalam hidup, adalah mustahil saya mengajak manusia lain untuk menghancurkan hidup mereka.
Mungkin bahasa saya agak keras kerana itulah diri saya. Saya membesar dalam keadaan keras dan melalui hidup yang keras. Ia membentuk karakter saya. Saya tak reti jadi orang lain selain daripada menjadi diri sendiri.
Namun, sesiapa yang dengar dan baca semua konten saya dengan sepenuhnya pasti akan faham, mesej utama saya adalah untuk mengajak manusia menjadi insan berjaya di setiap penjuru hidup.
Saya cakap sebab boleh dek adalah dalam konteks yang positif. Jika ianya digunakan kearah perkara negatif maka ia di luar kawalan saya.
Cuma saya pelik, saya ni punyalah setiap hari betungkus lumus berkongsi ilmu manfaat secara percuma kepada masyarakat namun ada orang mengatakan saya merosakkan anak anak?
Dekat mana saya rosakkan anak-anak?
Saya ajak lelaki khususnya untuk sukses setiap penjuru hidup. Fizikal, mental, spiritual dan financial. Saya ajak lelaki untuk melaksanakan apa sahaja tugasan dengan bersungguh-sungguh.
Saya ajak lelaki jadi bertanggungjawab dan menjadi pemimpin dan contoh kepada orang sekeliling.
Kalau nak cerita tentang merosakkan anak anak.
Let me tell you..
Ada ramai influencer yang mengajar masyarakat resipi cara menyediakan makanan yang langsung tidak berkhasiat dan membuatkan manusia jadi lembik dan loser.
Yang itu ramai diam. Kenapa?
Ada ramai influencer yang menggunakan kehidupan peribadi romantis yang penuh dengan lakonan sebagai konten.
Yang itu ramai diam. Kenapa?
Ada ramai influencer yang mendorong main video games dan buat perkara yang tidak bermanfaat.
Yang itu ramai diam. Kenapa?
Yang lagi penting, sebagai ibu bapa mustahil anak korang boleh rosak kalau korang menjadi ibu bapa yang berfungsi dengan baik.
Sepatutnya menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mengekang anak-anak mereka yang berusia 18 tahun ke bawah daripada consume konten di media sosial dengan bebas dan dari penggunaan gajet yang tidak terkawal.
Lain kali, kalau nak tuduh kena berfikir dengan waras.
Meh hantarkan kepada saya anak-anak muda nescaya saya mampu tunjukkan mereka cara menggoncang dunia dan sukses setiap penjuru hidup!
Baca:
Gaul-gaul je dah siap, resepi lejen kerabu lawar jadi kegemaran ramai
Bahaya makan tunas kentang, ini sebabnya, no 5 paling bahaya