Pandai rupanya Intan Najuwa memasak untuk suami, berbaloi dengan wang hantaran RM222,000.
Satu rakaman memaparkan pelakon terkenal, Datin Intan Najuwa yang sedang memasak hidangan sup ikan jenahak di dapur telah meraih perhatian ramai.
Mana tidaknya, pelakon wanita yang berusia 26 tahun itu kelihatan begitu lincah dan langsung tidak kekok ketika sedang beraksi di dapur tanpa bantuan orang lain.
Difahamkan, hidangan tersebut dimasak Intan khas untuk ‘mengubati’ suaminya iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman yang berada di dalam keadaan kurang sihat.
Tular di media sosial, rakaman aksi memasak Intan itu dikongsi oleh pelakon tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Watak utama dalam drama Kekasih Paksa Rela itu juga tidak lokek untuk berkongsi resipi Sup Ikan Jenahak air tangannya selepas diminta oleh para peminat.