Realtime website trackingweb stats

PANAS! Lelaki Melayu bakar Al-Quran dan sejadah dalam masjid di Terengganu

Oleh ADINDA

PANAS! Lelaki Melayu bakar Al-Quran dan sejadah dalam masjid di Terengganu.Biasa kita mendengar penghinaan kepada Islam dengan membakar Al-Quran dan mencemarkan masjid dilakukan oleh pembenci Islam daripada kalangan bukan Islam.

Tetapi berbeza pula yang berlaku di Terengganu, apabila perbuatan jahat itu dilakukan oleh seorang lelaki Melayu dan beragama Islam sendiri pula.

Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin mengarahkan seorang penganggur yang didakwa membakar al-Quran dan sejadah di sebuah masjid menjalani rawatan mental di hospital psikiatri.

Hakim Nooriah Osman memutuskan perkara itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-Din agar Mohd Ridzuan Mohd Kamal, 33, menjalani pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Tertuduh sebelum itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan membakar al-Quran dan sejadah di sebuah masjid di Batu Rakit, Kuala Nerus.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membakar empat naskhah al-Quran dan tiga helai sejadah.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di tepi sebuah pusat hemodialisis di lokasi sama kira-kira jam 10.50 pagi pada 12 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.