Realtime website trackingweb stats

Panadol itu hanya jenama paracetamol, sama macam mi segera yang selalu disebut ‘megi’

Oleh AHMAD ISMAIL

Ramai keliru ubat yang kita panggil ‘panadol’ itu sebenarnya jenama bagi paracetamol sama macam mi segera ada pelbagai jenama yang orang kita pukul rata panggil ‘megi’.

Jadi, kalau misalnya, bekalan paracetamol terutamanya sebuah cap dagang terkemuka, Panadol habis, jangan gelabah memandangkan masih ada paracetamol jenama lain.

Pengguna Facebook, Rafidah Hurzaid menjelaskan ubat generik sama kualiti, efikasi dan selamat seperti ubat asal.

“Inilah masalah kalau pengguna dah biasa dengan “jenama”. Minta PCM (paracetamol) 500mg atau 650 mg bersepah saja di luar.

“Tapi pastikan lulus KKM dengan ada nombor MAL dan juga label hologram,” katanya.

Reaksi sama dilontarkan Md Nor Izzudin yang mengingatkan bahawa Panadol itu hanya jenama bagi paracetamol sahaja.

“Boleh saja beli jenama lain. Saya rasa farmasi masih ada paracetamol jenama lain.

“Antaranya, Poro 500mg. Panadol extend itu cuma dia 665 mg saja beza dengan yang lain. Kalau nak lagi baik, ambil saja yang 500 mg dua biji. Selesai masalah,” jelasnya.

Beliau turut menambah jenama lain lagi lebih murah berbanding Panadol.

“Satu biji Panadol boleh dapat tiga biji paracetamol jenama lain,” kata Nor Izzudin lagi.

Baca:

Kepada pelanggan Maybank, selepas 31 Oktober 2023, pendaftaran baharu Secure2u hanya dibenar melalui ATM 

Sanggup bakar diri sendiri marahkan bahasa Hindi, mujurlah Malaysia awal dah junjung bahasa kebangsaan

3 selebriti global ini lantang bersuara walau dicop anti-Semitik