Sentiasa menjadi tumpuan dengan kontroversi, usahawan terkenal Aliff Syukri sekali lagi menimbulkan kemarahan ramai selepas mengeluarkan satu hantaran yang mengecam (face shaming) seorang calon yang menghadiri temuduga di pejabatnya.
Baru-baru ini, Aliff Syukri telah mengiklankan kekosongan untuk menjadi hos TikTok Live.
Syarat yang diperlukan untuk mengisi kekosongan ini adalah seorang wanita yang pandai bercakap, rajin, dan ikhlas bekerja.
“Tak cantik sangat pun tak apa, janji kerja kena rajin. Kalau cantik sangat nanti perangai macam diva.
“Gaji RM2,500-RM3,500,” tulisnya.
Bagaimanapun, syarat yang dinyatakan seolah bertentangan dengan hantaran terbaharunya. Sebaliknya, dia mengutuk dan mengecam personaliti calon yang datang untuk temuduga.
“Yang datang interview kerja, semuanya muka seposen, cukup pakej muka hauk dengan tak lawa.
“Saya menyeru yang cantik sekarang ni yang nak bekerja sebagai host TikTok full time,” katanya.
Di bahagian komen, ramai orang mengutuk tindakan Aliff Syukri yang kelihatan seperti menghina orang lain tanpa mempertimbangkan sensitiviti.
Selain itu, mereka juga menggambarkan Aliff sebagai seseorang yang bercakap tanpa mengambil kira batas-batas yang sepatutnya.
Baca:
Port beli jiwa ‘aesthetic’ dan cantik yang jual cromboloni ‘crunchy’
Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan
Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim