Realtime website trackingweb stats

Pakcik bawa duit dalam guni, kira tepi jalan untuk beli motorbike, bukan calang-calang dia ni

Oleh ADINDA

Pakcik bawa duit dalam guni, kira tepi jalan untuk beli motorbike, bukan calang-calang dia ni.

Seorang warga emas dilaporkan membeli sebuah motosikal jenama Honda CBR dengan menggunakan wang yang disimpannya di dalam guni.

Video klip yang dimuat naik menerusi akaun Instagram @pemalang.update memaparkan warga emas dari daerah Pekalongan, wilayah Jawa Tengah, Indonesia itu sedang mengira seguni wang yang disimpannya sambil dikerumuni oleh orang ramai.

Difahamkan, jumlah wang yang terkumpul di dalam karung guni itu mencecah angka Rp 18 juta (RM5,421).

Berdasarkan rakaman itu, dia dikerumuni orang ramai ketika mengira wang yang disepahkan di atas tanah sebelum memasukkannya semula ke dalam guni.

Warga emas itu kemudian dilihat menaiki motosikal berwarna hitam yang baharu dibelinya dengan hanya memakai kain pelikat dan bersongkok.

Baca:

Ini luahan isteri Aziz M Osman selepas bercerai buat netizen panjatkan doa

Pesawat MH122 patah balik kerana ancaman, ini rupanya cerita sebenar apa yang berlaku

70,000 penonton terkinja-kinja di tapak purba, orang Itali anggap konsert ini punca gempa bumi