Realtime website trackingweb stats

Pakai bahan ini untuk bancuhan pisang goreng rangup berjam – jam walaupun sudah sejuk

Oleh NUR KASIH

Pisang goreng merupakan hidangan yang senang disediakan tetapi tidak ramai yang dapat menghasilkannya dengan rasa yang sedap dan rangup.

Keunikan hidangan ini terletak pada cara pisang itu digoreng.

Oleh itu, bagi peminat pisang goreng ingin mencuba perniagaan pisang goreng, mereka boleh mencuba resepi yang dikongsi oleh pemiliknya.

Pakai bahan ini untuk bancuhan pisang goreng rangup berjam - jam walaupun sudah sejuk

Resepi ini telah disediakan khas untuk peniaga-peniaga seperti anda.

Jangan ragu untuk mencuba sendiri sebagai hidangan minum petang yang sedap!

Dalam artikel ini, kita akan kongsikan resepi tepung pisang goreng yang telah berjaya dijual selama hampir 15 tahun.

Resepi ini boleh digunakan oleh sesiapa yang berminat memulakan perniagaan pisang goreng.

Ukuran tepung ini sudah kecilkan sesuai untuk membuat satu atau dua keping kuih pisang.

Anda boleh menggunakan pisang lecek, pisang nangka, atau pisang tanduk.

Masih banyak lagi jenis pisang yang boleh digunakan tetapi saya terlupa untuk menyenaraikannya.

• Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap).
• Tepung gandum suku cawan.
• Serbuk kunyit setengah sudu.
• Kapur makan secuit.
• Gula sesudu besar.
• Garam sesudu.
• Telur sebiji.

Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.

Baca:

Perkarangan mahkamah ‘meriah’, ramai ikuti perkembangan sebutan semula kes bunuh Bella

Hairan lihat pakcik macam Tugu Negara, ada 4 sebab lelaki ini tidak terus bersedekah

Ketika ramai mengaku tiada pelan kewangan berdokumen, rupanya 12 peratus rakyat Malaysia anggap mereka kaya