Realtime website trackingweb stats

Padah duk tawaf stesen minyak, orang dah lama perhati, akhirnya Kenari Merah kena cekup

Oleh ADINDA

Seorang penyeludup telah dikesan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan pada Ahad kerana mengubah suai tangki minyak kereta Perodua Kenari agar dapat menyimpan lebih banyak petrol.

Pada waktu 3.40 petang di Telaga Bata, Jalan Chabang Empat di Bunohan, KPDN telah menyita sebanyak 125 liter minyak petrol.

Pengarahnya, Azman Ismail menyatakan bahawa seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an juga telah ditahan.

Padah duk tawaf stesen minyak, orang dah lama perhati, akhirnya Kenari Merah kena cekup

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku membuat pembelian pengisian ke dalam tangki ubah suai kenderaannya secara berulang di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Pekan.

“Barang kawalan tersebut akan dibawa ke pangkalan haram sebelum diseludup ke negara jiran,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Menurutnya, kes itu sedang disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kejayaan tersebut terjadi kerana Operasi Tiris yang dijalankan di sempadan negara sekitar Kota Bharu-Tumpat.

Baca:

‘Letak roti atas meja macam tu je?’ – 6 teguran ini muncul selepas Cupcake Aisyah masak

‘Mengarut sangat dah ni’ – Rosyam Nor anggap rumah pelacuran perlu untuk pendatang asing

‘Dahlah cantik boleh mengaji lagi’ – Ramai puji bakal isteri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah