Realtime website trackingweb stats

Oyen pun pandai tunggang agama, bukan main manja bertenggek atas kepala Tok Imam

Oleh ADINDA

Oyen pun pandai tunggang agama, bukan main manja bertenggek atas kepala Tok Imam.

Ekspo Kucing Terbesar yang berlangsung di Mid Valley telah menyajikan pelbagai aksi comel kucing-kucing peliharaan yang di bawa ke sana.

Ramai pencinta kucing hadir ke sana bagi mendapatkan makanan atau pelbagai perkakas untuk si comel itu dengan harga yang lebih berbaloi selain pelbagai aktiviti menarik disajikan.

Diam je duduk atas kepala
Sudah tentu sesetengah pemilik kucing hadir dengan membawa haiwan kesayangan mereka itu bagi sama-sama menikmati hujung minggu di ekspo tersebut.

Salah satu video yang dikongsikan pengguna TikTok dikenali sebagai @7lkrnn628 telah menarik perhatian ramai apabila merakam aksi seekor kucing yang duduk diam diatas kepala seorang warga emas sewaktu mereka menghadiri ekspo tersebut.

Tenang duduk atas serban atuk

Walaupun berada dalam suasana yang agak padat dengan ramai orang, kucing berkenaan tetap tenang dan masih tidak bergerak diatas serban warga emas dipercayai tuannya.

Warga emas terbabit juga dilihat sempat beramah mesra dengan pemilik-pemilik kucing yang lain apabila ada di antara mereka mendekatinya bersama kucing kesayangan.

Beberapa video ‘Oyen’ yang bertenggek di kepala warga emas itu turut tular di media sosial dan masing-masing cuba mencari siapakah individu tersebut termasuklah kucing berkenaan.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui dan meneka mungkin warga emas terbabit tidak menggunakan media sosial.

Dia jela yang ada atuk
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh mengatakan bahawa kucing tersebut seperti majikan kerana berani duduk diatas kepala dengan muka ‘berlagak’.

Rata-rata berasa geram dengan telatah kucing berkenaan yang begitu menarik perhatian serta menghiburkan pengguna media sosial dan juga orang ramai yang berada di ekspo tersebut.

Baca:

Bahana pengasuh berjiwa binatang, rupanya ini sebab bapa tak sanggup lihat rakaman CCTV

Dilimpahi lebih 10 juta orang, bandar paling tercemar di dunia rupanya tidak jauh dari Malaysia

Sanggup biar belakang tapak tangan digigit labah-labah berbisa, ini alasan budak 8 tahun yang mengejutkan