Realtime website trackingweb stats

Oyen pun nak balik raya! Tips ‘stress free’ bawa kucing balik kampung

Oleh NUR KASIH

Perjalanan bersama kucing kesayangan boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan, namun perlu adanya persediaan dan tips yang tepat agar percutian anda lebih lancar dan menyenangkan.

Dr Salehatul Khuzaimah Mohamad Ali, seorang doktor veterinar, berkongsi beberapa petua untuk memastikan kucing anda berasa selesa di dalam kenderaan untuk tempoh perjalanan yang panjang.

Berikut adalah beberapa tips penting untuk memastikan keselesaan dan keselamatan kucing kesayangan anda sepanjang perjalanan.

Oyen pun nak balik raya! Tips 'stress free' bawa kucing balik kampung

1. Biasakan kucing di dalam kenderaan bergerak

Sediakan waktu 5 atau 10 minit untuk membiasakan kucing berada di dalam kereta. Lakukan ini setidaknya sebulan sebelum perjalanan sebenar.

2. Bersiap jika kucing muntah, buang air dalam kereta

Sediakan ‘tempat membuang’ untuk kucing. Untuk kucing dengan jadual membuang air tertentu, rancang perjalanan mengikut jadual tersebut. Boleh bermula setelah kucing menyelesaikan ‘urusan’nya.

3. Sediakan ‘treats’ dan air minuman dalam jumlah yang terkawal

Berikan sedikit makanan dan minuman, tetapi jangan berlebihan. Cukup untuk mengisi perut. Anda juga boleh mempertimbangkan untuk membiarkan kucing berpuasa beberapa jam sebelum perjalanan jauh.

4. Letak kucing dalam ‘carrier’

Hindari membiarkan kucing ‘berjalan bebas’ di dalam kereta untuk menghindari bahaya semasa memandu.

5. Sediakan mainan dan selimut

Bawa apa sahaja yang disukai oleh kucing agar mereka merasa selamat.

6. Pertimbangkan hormon atau ubat penenang

Bincang dengan doktor veterinar mengenai penggunaan hormon buatan atau ubat penenang.

7. Jangan tinggalkan kucing bersendirian dalam kereta

Jangan biarkan kucing berada sendirian di dalam kereta, walaupun sebentar untuk pergi tandas, solat, atau makan. Tindakan ini dapat menyebabkan masalah stroke panas terutama dalam cuaca panas. Oleh itu, disarankan untuk menempatkan kucing dalam ‘carrier’.

Ingatlah, kebahagiaan kucing kesayangan anda semasa perjalanan adalah tanggungjawab kita. Berikan mereka keselesaan dan kasih sayang sepanjang perjalanan. Selamat bercuti bersama si comel!

Baca:

Elak jadi jerat, pakar ini kongsi tips macam mana nak jadikan kad kredit ni kawan

Trend kabur wajah ‘berjangkit’ pada Aliff Syukri dan bos Mydin, semuanya gara-gara kontroversi Ruhainies

Jurufoto rakam ‘mesej dari Ilahi’ seakan – akan peta Palestin