Seorang lelaki yang mampu ‘menundukkan’ ular dengan hanya dia berbicara lembut dan membaca doa Nabi Sulaiman mengundang rasa kagum orang ramai.
Menerusi video TikTok yang dimuat naik Mohdamirfaizal, seorang lelaki bertopi keledar membahasakan dirinya ‘abah’ dan ‘adik’ kepada ular yang sedang berada dalam sebuah rumah.
Menariknya, haiwan berbisa itu seolah-olah mendengar kata selepas diberi salam serta dibacakan doa Nabi Sulaiman.
Video berdurasi satu minit 33 saat yang meraih lebih 300,000 tontonan selepas sehari dimuat naik itu menyaksikan lelaki berkenaan cuba ‘menenangkan’ ular itu dalam usaha untuk menangkap binatang liar tersebut.
Dalam masa sama, beliau juga memberitahu spesies itu ialah ular tedung senduk atau nama saintifiknya, Naja naja kaouthia tetap berbahaya walaupun bersaiz kecil.
@mohdamirfaizalULAR TUNDUK BILA DI BAGI SALAM DAN DI BACAKAN DOA NABI SULAIMAN…. Dia juga makhluk Allah….. Hormat menghormati sesama makhluk….
“Ini ular kedua yang tangkap minggu ini,” katanya yang turut meninggalkan komen yang dia sering membahasakan diri sebagai abah kepada ular yang ingin ditangkapnya.
“Saya selalu bahasa diri saya abah dan haiwan yang saya nak tangkap dengan nama adik,” katanya.
Walau bagaimanapun, beliau mengakui ada juga ular yang tidak dengar cakap dan boleh disaksikan dalam video terbaru dimuatnaiknya.
“InsyaAllah kalau nak tangkap ular kena tenang dan lagi satu kena ada ilmu dan keberanian,” katanya membalas komen netizen yang memujinya berani.
Rata-rata warganet tidak menyangka cara yang dilakukan dengan memberi salam dan membacakan doa Nabi Sulaiman rupa-rupanya berkesan.
Malah, ada yang berkongsikan pengalaman mereka yang memang mendapati doa Nabi Sulaiman menjadi semasa menjinakkan kucing liar yang garang, bekerja di tempat yang ada binatang liar sehingga mengusir semut dari meja makan.
Baca:
Tak tahu lagi siapa nak jaga dua budak ini selepas ibu ditikam, inilah bahayanya marah dan dadah
Gempar rambut tersangkut di roda Ferris, lewat sesaat gadis ini mungkin terkorban