Realtime website trackingweb stats

“Orang kita cepat melatah” -rakan tampil pertahan Alif Satar lepas isu buat persembahan di gereja

Oleh NURAIMAN

Pada 28 April yang lepas, Alif Satar & The Locos telah mengadakan persembahan di St John’s, Hyde Park, London.

Walaupun persembahan mereka mendapat sambutan yang mengujakan, tetapi ramai netizen mempersoalkan pilihan lokasi itu.

Akibat daripada acara itu, seorang pengguna TikTok telah memuat naik video mengecam dan mengkritik Alif dan rakan-rakannya yang dikatakan membuat persembahan di dalam gereja.

Video yang sama juga telah menarik perhatian penyanyi tersebut untuk meninggalkan komen di dalam pos itu.

“Lepas dia dah layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko dekat gereja pulak.”

"Orang kita cepat melatah" -rakan tampil pertahan Alif Satar lepas isu buat persembahan di gereja

“Tak apa la bro, kau tak tahu.”

Tak lama lepas tu, kawan Aliff iaitu Zaidan Zainuddin, muncul untuk cerita mengenai tempat persembahan tu kat Instagram.

Dia kata, tempat tu biasa disewakan untuk pelbagai acara orang ramai.

“Tempat ni memang event space dan gereja ni tak ada cross pun pasal ia adalah anglican chruch..”

“Kenapa kita ada pemikiran sempit dan perspektif yang bukan muslim tak boleh masuk kawasan masjid dan orang Islam tak boleh masuk gereja..”

Sementara itu, Alif juga mendapati kiriman semula tentang hantaran tersebut di Instagramnya dan mengucapkan terima kasih kepada kawannya.

Baca:

Alif Aziz menangis, dedah punca sebenar gaduh dengan Bella, sedia lepaskan

Siap bangkit masa kerja separuh hari, ada yang iri hati dengan kenaikan gaji penjawat awam

Tak memilih kerja asalkan halal, Hafidz Roshdi akui lebih tenang semenjak buat ini