Realtime website trackingweb stats

Norreen sudah berubah, jual baju seksinya kepada wanita bukan Islam sahaja

Oleh ADINDA

Secara asasnya, dalam Islam, kita tidak menolak segala jenis urusan atau sesuatu perkara terutama yang boleh mendatangkan kecantikan.

Malah, Islam menekankan pentingnya melakukan segala sesuatu dengan elok, baik, dan bersih.

Yang Islam tekankan ialah konsep takwa dalam pemakaian.

Norreen sudah berubah, jual baju seksinya kepada wanita bukan Islam sahaja

Ini bermakna cara seseorang berpakaian boleh mencerminkan keimanan dan ketakwaannya.

Oleh itu, pemakaian yang mencerminkan takwa ialah pemakaian yang mengikuti prinsip Islam seperti menutup aurat, tidak menimbulkan godaan, dan menjaga kesihatan tubuh.

Selepas memutuskan untuk bertudung, pelakon Norreen Iman memilih untuk menjual semua pakaian seksi miliknya sebagai barang ‘preloved’.

Walau bagaimanapun, Norreen hanya menjual pakaian tersebut kepada bukan Muslim kerana tidak mahu memikul dosa jika pakaian itu digunakan oleh wanita Muslim.

“Saya buka dres ini kepada orang bukan Islam sahaja. Orang Melayu yang beli, saya tidak mahu tanggung dosa.

“Nanti ada pula orang kata saya jual baju tak panjang dan orang lain akan pakai baju ini,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Pada masa yang sama, Norreen, yang juga personaliti media sosial, membatalkan niat untuk menjual sehelai gaun pendek berwarna biru yang dikatakan mempunyai banyak kenangan, kerana merasakan bersalah untuk melepaskannya kerana terlalu banyak kenangan tersemat padanya.

“Saya beli dres ini ketika bercuti ke Bali. Siapa yang pernah tengok saya pakai akan tahu macam mana kainnya boleh diregangkan.

“Baju ini banyak kenangan sangat. Tidak jadi jual baju ini, rasa serba salah. Tak baiklah,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Norreen Iman Abdullah telah membuat keputusan untuk memakai tudung secara penuh selepas merasakan satu peristiwa yang memberi pengajaran.

Ibu kepada dua anak itu menitiskan air mata apabila memadamkan semua gambar lama tanpa tudung dalam akaun Instagramnya.

Walaupun beliau masih belajar untuk menutup aurat dengan sempurna, ramai mendoakan agar pelakon Jangan Ganggu Jodohku itu kekal teguh dalam pendirian.

Baca:

Lagu Siti yang 1 ini rupanya hasil teknologi Melayu kalis api dan peluru

Sebiji rasa dari lori, individu ini kongsi resipi lengkap bancuh air milo pekat

Ryan Bakeryn kongsi perjalanan hidup, guna platform media sosial kembangkan perniagaan selepas dibuang kerja