Realtime website trackingweb stats

Noh Hujan ‘tayang’ bakal Isteri baharu, majlis akad nikah esok

Oleh NURAIMAN

Sebuah video yang memaparkan penyanyi Noh Salleh mengumumkan perkahwinannya dengan bakal isterinya, Fatin Athira yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi telah mendapat perhatian di alam maya.

Melalui perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna bernama Cai, Noh dilihat sedang berdiri di atas pentas dan bersiap untuk membuat persembahan.

Sebelum memulakan persembahan, Noh memperkenalkan tunangnya kepada penonton, dan dia menganggap lagu “Biar Seribu” yang dinyanyikan sebagai simbolik cinta mereka.

“Ini tunang saya, dan kami akan melangsungkan perkahwinan minggu ini.

“Lagu ‘Biar Seribu’ ini menggambarkan doa kami sebagai pasangan yang bercita-cita untuk membina masjid.

“Kami mengharapkan 500 orang yang ada dekat sini untuk kami kekal seribu tahun macam lagu ini,” katanya.

Sementara itu, netizen di alam maya ini melahirkan rasa gembira dan mendoakan agar majlis perkahwinan Noh dan pasangannya berjalan lancar.

Difahamkan Noh bakal berkahwin dengan Fatin, seorang peguam, pada 23 September 2023 di Puchong, Selangor.

Berita mengenai tarikh perkahwinan pasangan itu mula timbul selepas undangan perkahwinan mereka mula tersebar pada awal Ogos lalu.

Sebagai makluman, Noh atau Mohammad Noh Salleh yang berusia 38 tahun telah bertunang dengan Fatin pada 7 Mei lalu.

Noh sebelum ini pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan Mizz Nina pada 2 Julai 2011, tetapi perkahwinan mereka berakhir Ogos lalu. Mereka juga telah mengambil seorang anak angkat bernama Musa.

Baca:

Padan muka kena penjara dua tahun selepas buat ‘content’ berdoa sebelum makan daging babi

Tak anggap Israel musuh, Putera Mahkota Arab Saudi akui normalisasi hubungan makin hampir

Bekas menantu Zainal Abidin dedah bekas suami pernah minta rakan tidurinya beramai-ramai