Nipis dan rangup! Rupanya papadom boleh buat sendiri di rumah

Oleh ADINDA

Apabila makan di restoran nasi kandar, nasi beriani, atau nasi tomato, biasanya akan disajikan bersama papadom, satu jenis keropok yang nipis dan rangup.

Papadom ini adalah pelengkap untuk hidangan nasi tersebut.

Rasanya berbeza daripada keropok yang biasa dijumpai di negara kita kerana papadom ini asalnya dari India.

Nipis dan rangup! Rupanya papadom boleh buat sendiri di rumah

Jika ramai ahli keluarga suka menikmati papadom ini, anda juga boleh cuba membuat sendiri.

Ini pasti lebih terjamin kebersihannya dan saiznya juga boleh disesuaikan mengikut citarasa sendiri.

Dalam artikel ini, kita akan mengikuti panduan yang dikongsi oleh Encik Roslan Mamak Haji.

Ia sangat mudah, hanya menggunakan 4 bahan sahaja.

Bahan-bahan

• 500gm kacang tosai, ditepungkan atau beli terus tepung kacang tosai.
• 1/2 sudu kecil jintan putih.
• 1/2 sudu kecil rempah ajowan / lemuju. (Selalu digunakan dalam Muruku)
• 1/4 sudu kecil baking powder.
• garam ikut rasa sendiri.

Cara-caranya:

1. Letakkan semua bahan di atas ke dalam satu bekas.

2. Buatkan doh yang agak keras dengan menambah sedikit air secara berperingkat. Perlu mengurangkan air sebanyak yang mungkin agar papadom cepat kering.

3. Setelah membuat doh, tutup bekas tersebut dan biarkan doh berada di dalamnya selama 2 jam.

4. Setelah dua jam, tambahkan sedikit minyak masak dan lenyek (tumbuk) dengan anak batu lesong sehingga doh yang agak keras tadi menjadi lembut.

5. Bentuk doh menjadi bebola kecil untuk diperleperkan seperti roti capati, dengan saiz mengikut kehendak anda.

6. Jangan terlalu tebal seperti roti capati, tetapi agak ketebalan seperti papadom yang dibeli dari kedai sebelum digoreng.

7. Jika doh melekat semasa dileperkan, boleh gunakan sedikit minyak dan sapu pada bekas peleper.

8. Kepingan papadom yang dihasilkan perlu dikeringkan di bawah sinaran matahari selama dua hari.

Info Tambahan!

Jangan keringkan terlalu lama, nanti papadom boleh pecah.

Anda boleh menggunakan pelbagai kaedah.

Pentingnya adalah adunan doh tersebut.

Jika tidak mahir membentuknya bulat, masukkan dalam mesin pembuat pasta dan hasilkan papadom Malaysia.

Baca:

“Seolah sokong dan promosikan lagi” – warga maya kecam tindakan influencer rai kemunculan Hot Daddy di rancangan Podcast

Dah kantoi ‘scam’ orang, patutlah ‘haus’ sangat rupanya kumpul tenaga nak lari

Semua orang boleh buat duit, tapi kena ada 2 syarat ini macam Khairul Aming