Realtime website trackingweb stats

Netizen nampak baby bump isteri Beto Kusyairy, ramai ucap syukur tapi penjelasan pelakon ini buat ramai terharu

Oleh ADINDA

Netizen nampak baby bump isteri Beto Kusyairy, ramai ucap syukur tapi penjelasan pelakon ini buat ramai terharu. Baru-baru ini tular di media sosial video apabila netizen mendakwa ternampak baby bump isteri pelakon Beto Kusyairy ketika hadir di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023.

Bagaimanapun, Beto dengan tenang menafikan dakwaan tersebut serta mengatakan mungkin ada yang ternampak baby bump kerana angle gambar semata-mata.

Sementara itu, Beto berkata dia dan isteri tidak menganggal hal anak boleh membuatkan mereka stres. Katanya lagi, mereka tidak menantikan cahaya mata kerana belum ada rezeko namun mereka baik-baik sahaja.

“Saya nak clearkan dekat sini tentang keadaan isteri saya yang kata nampak ‘baby bump’lah, pregnant lah… jawapannya tak.

”Isteri saya tidak mengandung, gambar yang diambil itu mungkin sebab angle kamera dan saya nak clear kat sini saya dan isteri tidak menantikan cahaya mata… belum ada rezeki dan kami okay. Tak ada masalah.

“Ia tidak menganggu kami bila belum direzekikan zuriat okay. Kami happy dan kalau rezeki Alhamdulillah tapi setakat ini tak ada dan isteri saya tidak pregnant,” katanya.

Sudah 14 tahun berkahwin, terdahulu Beto berkata dia dan isteri sudah berusaha untuk mendapatkan zuriat termasuklah menjalani rawatan Islam, tradisional dan moden, namun belum rezeki lagi untuk menimang cahaya mata.

Baca:

Guru pun kena sidai di luar pagar, pengawas di Malaysia patut buat tindakan sama

Dua remaja lelaki jadi pemuas nafsu, siapa sangka ini rupanya perincian aksi jelek PU Azman

Ini senarai artis wanita popular kategori ‘beauty with brain’ yang ramai tak tahu