Realtime website trackingweb stats

Netizen mengeluh martabak mahal, rupanya ini puncanya

Oleh ABDULLAH HAMID

Setiap kali bulan Ramadan tiba, gerai Martabak di pasar Ramadan menjadi pilihan utama bagi ramai orang untuk dibeli sebagai juadah berbuka puasa.

Baru-baru ini, ramai orang di media sosial mengadu tentang kenaikan harga martabak yang semakin tinggi, sehingga mereka merasa tidak berbaloi lagi untuk membelinya.

Oleh itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan penjelasan mengenai isu ini.

Netizen mengeluh martabak mahal, rupanya ini puncanya

Menurutnya, masalah kenaikan harga murtabak sekarang ini disebabkan oleh kos pengimportan, seperti yang dilaporkan oleh Kosmo.

Menurut Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, maklumat itu diperolehi melalui pemantauan di lapangan yang dijalankan oleh pasukan penguatkuasaannya setiap hari.

Beliau menyatakan bahawa selain bawang India, harga daging import juga meningkat dan ini memberikan tekanan tidak langsung kepada penjual murtabak.

“Berhubung isu tular mengenai martabak naik harga, ia memang disebabkan oleh faktor harga bawang besar dari India diimport ada kenaikan ketara.”

“Kami faham margin keuntungan mereka jatuh namun KPDN dimaklumkan bahawa ada yang terus kekal harga meskipun laba (keuntungan) diperoleh tidak banyak seperti dahulu,” Kepada wartawan setelah mengadakan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) 2024 di Presint 14, semalam.

Pada awalnya, ramai orang di media sosial menyuarakan perasaan kecewa apabila mereka mendapati harga martabak naik.

Menurut netizen, dulu satu keping martabak hanya berharga sedikit kurang daripada RM5, tetapi sekarang ada peniaga yang menjualnya hampir RM10 untuk satu keping.

“Bergantung kepada pembeli untuk menerima kenaikan harga dengan hati yang terbuka.
Kami peniaga tiada pilihan.

Mohon maaf kepada semua pelanggan,” Kata seorang penjual martabak di Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kepada Berita Harian.

Selain martabak, ada beberapa makanan lain yang juga mengalami kenaikan harga, sehingga ramai netizen yang berhasrat untuk memboikot bazar Ramadan tahun ini.

Baca:

Bella Astillah terkejut dituduh rancang tangkap basah Aliff Aziz & Ruhainies

Pemandu bas sekolah kena ‘check seat’, letak ‘tag’ nombor telefon pada beg murid pun patut dicontohi

Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera