Realtime website trackingweb stats

Netizen Indonesia tergamam harga minyak petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding negaranya

Oleh ABDULLAH HAMID

Pernahkah anda membandingkan dan mengetahui berapa harga minyak petrol di negara lain?

Namun, kita jarang membuat perbandingan seperti ini. Tetapi, negara jiran kita, Indonesia, melakukan perbandingan tersebut.

Berdasarkan laporan dari laman media Indonesia, Big Alpha, mereka menyatakan bahawa harga petrol di Malaysia jauh lebih murah daripada di Indonesia.

Netizen Indonesia tergamam harga minyak petrol di Malaysia jauh lebih murah berbanding negaranya

Seperti Malaysia yang memiliki Petronas, Indonesia juga memiliki Pertamina sebagai pengeluar minyak.

Walau bagaimanapun, apabila kita mempertimbangkan harga, kita akan dapati bahawa RON95 di Malaysia hanya berharga RM2.05 bagi setiap liter, manakala RON90 di Indonesia berharga RM3.06 bagi setiap liter.

Walaupun kualiti minyak Malaysia lebih rendah berbanding dengan Indonesia, namun harga minyak Malaysia masih lebih rendah.

Tetapi, apabila kita mempertimbangkan faktor-faktor lain, kita dapati bahawa Malaysia sebenarnya merupakan negara pengeksport minyak, manakala Indonesia merupakan negara pengimport minyak.

Dalam perkongsian ini, faktor geografi juga memainkan peranan dalam menentukan harga minyak yang lebih tinggi di Indonesia.

Indonesia mempunyai kawasan yang lebih besar dan banyak pulau yang perlu dijangkau untuk dihantar.

Walaupun begitu, harga minyak di Malaysia masih lebih murah disebabkan oleh subsidi kerajaan yang lebih tinggi, iaitu sekitar RM81 bilion berbanding RM29 bilion di Indonesia.

Baca:

Pesaing Tesla baharu, BYD seal dijual dengan harga bermula RM179,800

Dengki Arab Saudi catat banyak rekod dunia cecah 160 pengiktirafan, ini anggapan para ‘haters’

Anak memberontak dan menangis nak ‘handphone’, pakar psikologi ini dedah risiko anak jadi hamba gajet