Realtime website trackingweb stats

Nasi sejuk pun boleh jadi lembut macam baru masak! Cuma masukkan ‘benda’ ini je

Oleh FATIN AQILAH

Kadang kala nasi yang dimasak tak habis dimakan ini akan disimpan dalam peti ais, bila dipanaskan pastinya ada rasa keras-keras sedikit.

Namun jika ia dilakukan dengan cara betul maka nasi sejuk tersebut boleh menjadi seperti nasi yang baru dimasak.

Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang wanita, Izz Ekin berkongsi tip untuk dapatkan nasi sejuk yang berderai seperti baru masak lepas dipanaskan.

“Pernah ternampak post pasal nasi cuci, kebetulan dua hari lepas masak nasi terlebih jadi selebihnya disimpan dalam peti ais.

“Selalunya nasi sejuk saya kukus tapi hari ini saya cuba cuci nasi lepas itu masukkan dalam periuk nasi.

Nasi sejuk pun boleh jadi lembut macam baru masak! Cuma masukkan 'benda' ini je

“Eh hasilnya nasi berderai, canti dan lembut macam nasi baru masak,” ujarnya.

Cara-cara:

Cuci nasi sejuk tu macam kita cuci beras ja..

Lps tu buang smua air dan masak nasi mcm biasa dalam periuk nasi.

Rata-rata warganet turut berkongsi tip sama untuk mendapatkan hasil tersebut dan kebanyakan turut menggunakan teknik cuci nasi.

“Dulu-dulu kalau ada nasi lebih buat macam ni juga, lepas basuh beras baru yang kita nak masak tu, pastu basuh dan toskan lebihan nasi ni dan masak sekali dengan beras tu, air kena kurangkan sikit. Jangan membazir,” komen Mdm Zee Hj Musa.

“Arwah nenek pun selalu cuci nasi. Saya selalunya masukkan dalam microwave, nasi berderai dan tahan tak basi,” tambah Asmah Hashim Hashim.

Baca juga:Tak perlu sebulan sekali cuci rumah dah, ini cara mujarab ‘lambatkan’ rumah berhabuk