Nasi kandar bukanlah asing bagi masyarakat negara ini terutamanya di sebelah Pantai Barat Semenanjung.
Ramai peminat tegarnya ketagih dengan penangan juadah berkuah kari yang dicampur bersama kuah masakan lain dengan aneka lauknya.
‘Pemburu makanan’ ini sanggup merempuh kesesakan lalu lintas malah memandu berjam-jam lamanya hanya demi melepaskan gian menjamah nasi kandar.
Mereka tahu sepinggan nasi kandar yang sempurna bukan hanya tertakluk pada gabungan kuah kari tetapi juga kemahiran seorang joki kari iaitu tukang ceduk kuah.
Sebabnya, joki nasi kandar ibarat barista di kafe yang menentukan tahap sedapnya sepinggan hidangan yang diberi kepada pelanggan mereka.
Bagi seorang ‘penggila’ nasi kandar, NORMAN RADZUAN, beliau memberitahu wajib seminggu sekali mencari nasi kandar walaupun sudah mula mengamalkan diet selepas berat badannya bertambah 9 kilogram.
Berikut senarai 15 restoran nasi kandar pilihannya yang paling sedap ikut tekak beliau:
1. Nasi Kandar Yaseem
2. Nasi Kandar Hameediah di Penang (Lamb Shank)
3. Nasi Ganja Ipoh
4. Nasi Kandar Saddam (Segambut)
5. Nasi Kandar Deen Maju (Penang)
6. Nasi Kandar Madinah (Seri Manjung)
7. Nasi Kandar Naina (Meru Ipoh)
8. Nasi Kandar Hakim (Seksyen 7)
9. Nasi Kandar Pelita (Jalan Ampang)
10. Nasi Kandar Haji Gany (Ipoh)
11. Nasi Kandar Melayu Royale Tok Ayah (Batu Gajah)
12. Nasi Kandar Kayu PJ (SS 2 PJ)
13. Q Bistro (Putrajaya & Subang)
14. Nasi Lemak Royale (Alor Star & Putrajaya)
15. Nasi Kandar Kudu Abdul
Baca:
“Saya fikir tentang mati, hati memberontak, saya nak berhenti muncul di khalayak”- Diana Amir
“Saya bukan nak tegakkan apa-apa, nak unfollow saya tak boleh halang” – Uqasha Senrose
Ini 5 minuman, makanan kegemaran Rasulullah SAW yang patut kita juga amalkan