Bagi mereka yang kurang berpengetahuan tentang perkakasan elektrik, semua plug mungkin kelihatan sama sahaja.
Namun, menurut seorang pemuda bernama Jack, terdapat dua jenis plug berbeza yang digunakan untuk peralatan elektrik di rumah kita.
Menerusi video di akaun TikTok Maltrikom Electrical Lighting Danau Kota, Jack menerangkan bahawa
plug jenis heavy duty sesuai digunakan untuk peralatan yang memerlukan tenaga elektrik lebih tinggi.
“Biasanya, korang mungkin keliru apabila pergi ke kedai elektrik dan melihat banyak jenis kepala plug dengan rupa yang hampir sama.
Tak tahu nak pilih yang mana yang sesuai untuk keperluan korang.
“Jangan risau, hari ini Jack akan terangkan. Jika korang nak gunakan untuk peralatan yang memerlukan tenaga tinggi, seperti peti ais, mesin basuh, seterika, atau ketuhar, pilihlah plug yang heavy duty.
“Kenapa? Pertama, materialnya adalah perkara yang paling penting. Material ini ibarat batu, ia berat dan tahan panas.
Contohnya, jika korang menggunakan claypot, ia adalah batu dan tahan bakar, jadi ia boleh digunakan lama. Ia tahan panas dan tahan lama.
“Kedua, jika korang hanya menggunakan untuk peralatan biasa seperti kipas dan lampu, plug biasa yang murah sudah memadai,” jelas Jack.
Dalam video tersebut, Jack juga menimbang kedua-dua jenis plug untuk menunjukkan perbezaan beratnya.
“Dua plug ini mempunyai berat yang berbeza. Yang biasa lebih ringan, hanya 34 gram. Sementara yang tahan panas lebih berat, dengan material yang padat, iaitu 78 gram,” tambahnya.
BACA: Pekerja dibenarkan ambil cuti khas, tak perlu datang bekerja bila rasa tak ‘happy’