Realtime website trackingweb stats

Nama PU Abu viral semula, kali ini didakwa nak berpisah dengan isteri kedua pula

Oleh NURAIMAN

Abu Sufyan, seorang bekas peserta program Pencetus Ummah, telah mencuri perhatian kerana memberi isyarat bahawa perkahwinannya dengan kedua-dua isterinya, Ain ‘Afini dan Hana Azraa, telah berakhir.

Dalam siaran di Instagram Stories (IG), Abu menyatakan bahawa mereka telah berbincang dan memutuskan untuk mengambil haluan masing-masing setelah enam tahun menghadapi masalah dalam rumahtangga.

Abu menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat setelah perbincangan bersama antara dirinya, Ain ‘Afini, dan Hana Azraa, demi kebaikan bersama.

“Setelah berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.”

Nama PU Abu viral semula, kali ini didakwa nak berpisah dengan isteri kedua pula

“Insya-Allah semuanya akan melalui proses yang betul. Doakan yang baik-baik buat kami.”

“Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama enam tahun.”

Menurut Abu, beliau mengakui kesilapannya sendiri dalam tidak berjaya menjadi ketua keluarga yang mampu membawa kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga.

“Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara? Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing.”

“Jangan risau, ini adalah keputusan bersama. Anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak-anak tetap anak-anak.”

Abu juga meminta semua orang untuk berdoa agar Ain ‘Afini dan Hana Azraa dapat menemui pasangan hidup yang setia, sentiasa bersama mereka, dan mencintai mereka sepenuh hati.

Nama PU Abu viral semula, kali ini didakwa nak berpisah dengan isteri kedua pula

“Bukan soal sering ditinggalkan atau jarang ditinggalkan sahaja tetapi banyak hal yang tak boleh diceritakan. Seperti yang saya sebut sebelum ini banyak tindakan saya yang disalah erti oleh sebahagian pihak sedangkan saya tidak ada apa-apa kepentingan pun.”

“Doakan jodoh yang terbaik buat mereka, yang setia, yang boleh di samping 24 jam dan paling penting yang mereka cintai setulus hati. Doakan juga yang terbaik buat saya.”

Pada tahun 2018, Abu berkahwin dengan Ain ‘Afini, dan daripada perkahwinan tersebut, mereka mempunyai tiga orang anak, iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi, dan Siti Khadijah.

Pada tahun 2019, Abu berkahwin dengan Hana, dan daripada perkahwinan ini, mereka mempunyai seorang anak yang diberi nama Muhammad Uwais Al-Mateen.

Sebelum ini, Hana adalah seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan bernama Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinannya sebelum ini.

Baca:

Mufti Perlis jawab dakwaan ulama yang menghukum perkahwinan Sabri dengan Angeline tak sah

Fakta penting tentang kekejaman Israel terhadap Palestin, orang Islam wajib ambil tahu

Marah harga gula mahal tapi rupanya lelaki ini beli gula premium, memang padan kena kecam netizen