Realtime website trackingweb stats

Nak sihat pun boleh makan sedap, pelari ini kongsi tips buat menu diet dengan hanya guna sambal minang

Oleh ADINDA

Seorang pelari berkongsikan menu diet pemakanannya yang sihat tetapi tetap sedap. Pengguna Facebook Harris Nasril berkata, beliau menjamah makanan sihat dengan menggunakan sambal minang hijau.

“Pertama kali cuba sambal minang hijau letak sikit atas telur rebus. Satu sudu besar (10 gram) sambal hijau cuma 44 kalori. Memang surr!,” katanya.

Pelari marathon 42 km ini juga menyifatkan sambal minang Cili Lado ini sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan dan mengamalkan diet.

Nak sihat pun boleh makan sedap, pelari ini kongsi tips buat menu diet dengan hanya guna sambal minang

Hal ini memandangkan, ramuan sambal itu tiada sebarang gula tambahan sebaliknya rasa sedikit manis itu adalah semula jadi dari bawang dan tomato digunakan untuk resipi.

Katanya, analisis Halvec Laboratory di Technology Park Malaysia untuk mencerakinkan fakta nutrisi sambal itu pula mendapati gula semulajadi yang ada dalam satu hidangan (10 gram) tidak sampai 1 gram pun.

“Cili merah – 0.582 gram, cili hijau – 0.475 gram,” katanya.

Bahkan, sambal Cili Lado ini juga tidak menggunakan sebarang pengawet, pewarna tiruan, atau MSG serta mesra vegan kerana tidak menggunakan belacan yang berasaskan udang.

“Sebab itu, bila kalian rasa sahaja sambal minang ini, tiba-tiba kalian akan mengalami satu perasaan seolah-olah sedang makan di Padang, daerah Minang di Sumatera sana.

“Sebabnya, resipi ini memang asli, asli sambal Minang! Kena cuba baru tahu.

“Tapi, janganlah pula pelahap satu botol sekali makan geng, itu bukan diet dah!” selorohnya pula.

 

Baca :

MYAirline dah gantung operasi, ramai pelanggan terkejut, ini cara elak duit tempahan lesap 

Kesian Khairul Aming, sebaik-baik dia pun kena cop scammer, jahat betul orang yang buat tu 

Guru sekolah agama kantoi bagi pinjam duit, minta habuan seks sebagai balasan