Realtime website trackingweb stats

Nak menyambut raya jangan sakan beli 10 barang ini yang diguna sekali dua saja

Oleh NUR KASIH

Nak menyambut raya ni, mungkin ada surirumah yang mahu membeli itu, ini.

Padahal, banyak benda terutama peralatan di rumah yang apabila difikirkan gunanya hanya sekali dua.

Membazir sebenarnya apabila barang atau peralatan di rumah hanya tersimpan dalam kotak atau almari bahkan mungkin terbiar dalam stor begitu sahaja.

Berikut antara 10 benda tersebut yang mungkin boleh masuk dalam senarai tidak harus beli jika anda belum memilikinya tetapi berkira-kira untuk membeli:

 Nak menyambut raya jangan sakan beli 10 barang ini yang diguna sekali dua saja

1. Pengisar jus buah

Ramai yang pakai sekali dua sahaja. Akhirnya, guna blender biasa. Mungkin leceh guna pengisar jus buah sebab macam-macam nak kena pasang kemudian buka untuk basuh.

2. Oat

Makan sedikit saja kemudian tak lalu. Walaupun makanan sihat tetapi perut kita yang sudah biasa dengan nasi dirasakan sukar kenyang dengan oat. Tekak pun tak lalu terima.

3. Mesin pembuat ais ketul

‘Terbeli’ kerana pengaruh iklan di TikTok. Walaupun boleh hasilkan ais dalam beberapa minit sahaja tetapi tidak penting pun. Ruang beku dalam peti ais, tu ‘kan dah ada?

4. Air fryer

Alat penggoreng tanpa minyak ini diuar-uarkan dapat menyediakan hidangan yang lebih sihat. Tapi kalau guna sosej atau nuget guna air fryer pun tetap tidak juga sihat.

5. Slow cooker

Periuk memasak ini memang memasak secara perlahan. Masalahnya, orang kita sekarang serba-serbi mahu cepat. Akibatnya, beli saja dan masih untunglah jika pernah juga pakai.

6. Oven

Angan besar konon mahu buat pizza atau kek untuk anak-anak tapi tak mahu pula dapur jadi ‘kapal karam’. Sudahnya, beli pizza di restoran makanan segera atau pergi kedai kek.

7. Alat pembuat roti

Rasanya, nasib bread maker ini paling tragis. Ada yang beria beli dengan impian besar mahu buat roti sendiri tetapi bertahun dalam kotak macam ketika sampai ke rumah dulu!

8. Set BBQ grill

Peralatan yang mungkin turut ‘tersorok’ dalam kotak di rumah anda. Bukan sedikit yang ‘malas’ untuk guna walaupun ada yang non-stick. Jadi, ‘lebih mudah’ disimpan saja.

9. Mesin basuh mini

Beria beli lengkap dengan ciri pengering. Namun, ada yang pakai sekali, dua terus simpan sebab dah biasa cuci dalam kuantiti banyak dengan mesin basuh biasa.

10. Insurans

Tidak pernah membazir tetapi ramai berharap tidak perlu guna. Penyakit atau malang tidak berbau.

Kos perubatan yang mungkin boleh mencecah puluhan ribu ringgit ditanggung oleh pihak insurans.

Insurans umumnya membolehkan kita fokus pada pemulihan. Tidak pernah membazir tetapi ramai berharap tidak perlu guna.

Insurans umumnya membolehkan kita fokus pada pemulihan tanpa perlu risau masalah duit.

Baca:

Isteri baru punya pasal, ketua kampung ini serah mas kahwin seluruh harta, tapi dua anaknya pun setuj

‘Dia ingat kita tak boleh balas’ – Reaksi spontan pramugari ini buat penumpang nakal terkesima

Majlis kahwin gempar gara-gara aksi terlampau tetamu ini, pengantin lelaki pula dah dipandang serong